Melayu Layu

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Youtube Video
Stacy and The Fan Club
Raya Bermakna 2008
Nak menaip skarang nih aku dah dalam kategori mental block. Nak kata idea kering tuh idak gak... banyak aku nak ceritakan. Tapi bila nak terjemahkan dalam bentuk ayat, aku jadik kaku. Jariku macam ditarik oleh tali tangsi kearah menda menda lain. Oleh kerana itu, aku bagi gambo jer ler buat tatapan korang semua.. hehehhe (alasa bleh terima tak?)
Aiyarrkkk!!!
Tapi NEVER FEAR!!... Paddlepop Lion Is Here...
Disini Aku berjanji...
1. Aku akan abehkan update pasal kalau aku jadik pm tuh... huahuahauhuaha.... mak aku memang pantang orang citer sekerat-sekerat nih...
2. Pada yang bagi aku award tuh (Peah, TashaLeen dan iEn)... Aku bersyukur dan mengucapkan berbanyak banyak terima kasih atas penghargaan yang korang berikan kat aku.... Dan aku akan buat satu entry khas untuk korang bila aku bergiat balik nanti.
3. Kepada Bro ZaidiEvo, sorry bebanyak pasal tak siapkan tag tuh.. Nanti kalau ada kesempatan kita ngole kat Qayyum Cafe sesama. All in the house..
So... Aku mintak maap sesangat kat korang semua.. tak derdetik kat ati aku nak tinggalkan semua nih terkapai-kapai.. tapi nak buat cenggana... keadaan memaksa...
Mohon Ampun Dari Cecelah Tempurung Usang.....
Kalau Aku Jadi Perdana Menteri
So... KALAU AKU JADIK PERDANA MENTERI....
1. Aku akan kurangkan harga minyak ( macam DSAI plak aku). Rasionalnya aku buat cam nih adalah untuk memangkin kan ekonomi. Duit buat duit betoi tak? Bila harga minyak dikurangkan, Rakyat akan berbelanja dan ekonomi akan berkembang. Pedagang-pedagang asing gak akan datang kat Malaysia nih pasal kos pengangkutan yang murah. Income Malaysia yang banyak tuh darang dari cukai dan perdagangan. Kalau minyak tinggi, ekonomi tak berkembang... kalau ekonomi tak berkembang.. macam mana nak galakkan pedagang dan pelabur asing... kalau tak der pedagang dan pelabur asing... macam maner nak kutip cukai... kalau tak leh kutip cukai... macam mana nak dapat duit negara?? Lagipon... bila minyak turun... semua harga barang akan turun. jadi ini menggalakkan orang membeli. bila kuasa membeli rakyat diberi semula... perniagaan akan berkembang maju. peluang pekerjaan akan wujud. kadar pengangguran akan berkurangan. Kes jenayah juga dapat dikurangkan sebab semua orang cukup duit dan tak payah menyamun. Semua nih berkait.. jadik itu yang aku akan buat dulu.
2. Tukar sistem perlantikan jawatan dari berasaskan sijil kepada berasaskan pengalaman. setiap jawatan yang ditawarkan bukan lagi dengan temuduga tetapi dengan peperiksaan kemahiran. tak kira apa kelulusan pon... kalau lulus peperiksaan jawatan tuh, dia boleh dipanggil temuduga jawatan. kelulusan dia hanya untuk membolehkan dia menikmati gaji yang lebih tinggi jer. bukan jawatan lebih tinggi. Rasionalnya aku buat cam nih adalah banyak lulusan degree/diploma skarang nih tiada kualiti. Atas kertas memang merekalah yang terbaik... tapi hakikatnya mereka belajar untuk lulus peperiksaan jer. Hasilnya seorang pegawai yang tak tau buat kerja tapi tau mengarah jer sebab teori jer yang dia tau.
3. Sistem pendidikan percuma di skolah skolah kerajaan. kalau boleh kat universiti pon blajar percuma atau wujudkan balik sistem biasiswa. ikat kontrak biasiswa supaya kerja dengan kerajaan. Rasionalnya yang nih plak adalah sistem pinjaman skarang nih adalah RIBA. Tak kira ler PTPTN ke atau koperasi ker... sama jer... semuanya berasaskan riba... adakah kerana ada akad tuh membenarkan kita mengambil duit orang lebih? mungkin orang yang meminjam tuh terpaksa terima bayaran balik yang tinggi sebab tiada pilihan lain lalu menerima akad tuh. Tuh pasal ler skarang nih kerajaan tak der duit... sebab duit tak berkat.
*** alamak... bos aku datang nak discuss menda.. to be continued....***
SURAT CINTA TIJAH
-
-
- Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .
-
- Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
- boyfriendnya yg bermata biru.
-
- Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
- Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
- perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
-
- Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...
-
- ************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **
-
- Mike....
-
- I WANT TO CUT CONNECTION US.
-
- I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
- Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
-
- You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
-
- My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
-
- So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
- me.
-
- So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
-
- I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
-
- Safe walk..
- Tijah
p/s : Dont play play aaaa!!!
Adoi laaa!!
Kenapa ler manusia nih banyak betoi sifat dengki... terutama orang melayu. Menyampah betoi aku... Dah ler dengki... talam dua muka plak tuh.. Aku pon tak tau nak cakap cenggana dah. Menda nih dah sebati dalam diri semua orang melayu kot? Aku pon orang melayu gak. Tapi tak pernah pon dengki kat orang lain (mungkin ler ader skali skala... aku tak perasan). Tapi apa yang bleh dapat dengan dengki nih? Puas hati? Lega?
Pada aku orang yang mendengki nih macam taik. sanggup mencucuk-cucuk lubang montot untuk keluar menyebarkan bau busuk. Kenapa bau busuk?? Sebab nak tarik perhatian orang lain. Tapi apa yang dia tak tau... bau busuk dia tuh bukannya leh tahan selamanya.. akhirnya bila dah kering, bau busuk pon ilang... taik tetap akan mereput... tapi disekelilingnya akan terus subur kerana najisnya taik tuh tadi. Tuh pasal ler mat salleh menggelarkan diorang nih bullshit. Sama gak macam dengki tuh tadi... orang yang dengki nih akan cucuk orang lain dengan kata-kata yang nasik tambahnya bagai setalam. Tujuannya adalah supaya dia leh kluar dari kelompok biasa dan perhatian akan diberikan kepadanya. dengan harapan orang yang dia dengki tuh jatuh tersungkur merebah bumi. Tapi apa yang dia tak tau.. orang lain dah benci dengar apa yang dia katakan. orang lain tetap maju.. dia masih di tampuk lama tiada perubahan. silap silap terus menyepi akibat tiada siapa yang nak berkawan.
Sebenarnya kejadian nih berlaku kat opis aku. Dan menda nih disampaikan kat kawan aku. Situasinya macam nih...
"Katak tuh apa jawatannya?" tanya Bullshit1 pada kodok sedangkan dia sudah tau kerana senarai perjawatan dah ada padanya.
Kodok berkata "Dia technician jer macam saya.."
"Aku tengok dia tak der buat kerja technician pon" Tanya Bullshit1 lagi
"Ada tuh... cuma tak nampak jer" jawab kodok
"Abis tuh apa kerjanya?" Tanya Bullshit1 yang tak puas ati dengan jawapan kodok tadi.
"Dia buat tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Katak" kodok menjawab dengan jujur
Menyampuk plak Bullshit2... "Biasa ler.. orang dulu punya kesayangan"
....kodok diam jer sambil membuat kerja.....
Hellooooo... ko ingat aku dapat kerja kat sini pakai cable macam ko ker?? Sorry sket makcik. Aku tak der nak melobi sesaper untuk dapat kerja nih. Aku tau ko pangkat lebih tinggi dari aku 2-3 level. Tapi ko tak puas ati aku dapat gaji lebih dari ko. Ko baru masuk kerja kat sini. Ko tak tau macam maner kitorang dulu nak naikkan company nih. Ko tak tau macam mana susah aku untuk dapat apa yang aku dapat skarang nih. Tapi oleh kerana najisnya ko dengan hasad dengki ko tuh.. tuh pasal ler ko dapat apa yang ko dapat skarang nih.
Ko nih tak percaya ker bahawa Allah tuh pemberi rezeki... ader beberapa benda yang ko tak leh persoal kat dunia nih... AJAL, REZEKI ngan JODOH. kalau aku tak layak nak dapat rezeki tuh... aku takkan dapat rezeki tuh. memang tugas ko sebagai head audit untuk menyemak.. tapi aku cabar ko kalau aku tak layak dapat tempat kat mana aku skarang nih... sila ler buat query.. aku cabar nih. ko tak payah nak hasut atau tanya orang lain pasal aku. aku ader kat tempat aku jer.. tak gi memaner pon.. ko kan lagi tinggi pangkat dari aku? takkan ko takut nak panggil aku mengadap?
Tak pe... besok aku jumpa ko... ko tunggu jer kat tempat ko tuh...
**To Be Continued...
08/0702008
Ari nih aku consult ngan boss aku. Aku cadang nak ambik legal action keatas Bullshit-bullshit tuh. Aku tak kira... Skarang aku kena... tak mustahil nanti orang lain plak kena lepas nih. So... daripada benda nih merebak, baik aku bukakkan mata bullshit nih bahawa jangan ingat orang yang pangkat kecik nih boleh ditekan sewenang-wenangnya.
Katak : Boss... saya rasa nak buat personal assault report ler... ok tak?
Boss Katak: Sapa plak yang buat sexual harassment kat ko nih?? ader ker orang yang bernafsu kat ko?
Katak : Tak der ler boss.. nih pasal bullshit 2 orang nih yang cakap saya nih makan gaji buta.
Boss Katak : Apa hal plak diorang cakap cam tuh... diorang tak nampak ker server yang ko setup.. Email yang ko maintain.. Backup system yang ko assist ngan web yang ko develop tuh?
Katak : Ntah ler boss... tuh ler pasal. Lepas tuh diorang cakap saya nih orang kesayangan bos dedulu.. idop senang tak der saper kaco... dok goyang kaki jer.
Boss Katak : Ape ke hel nye yop!.. Diorang nih ikot sedap molot jer.
Katak : Tuh pasal ler saya nak buat report nih. Bukannya saya nak dendam ker atau ape boss... tapi orang pendengki macam bullshit nih tak leh dibiarkan. Nanti orang lain plak kena. Lagipon bullshit nih mewujudkan suasana yang tak senang kat kolam kita nih.
Boss Katak : Ermm... cam nih ler.. ko buat report tulis ko demoralize dengan kata-kata diorang nih. Pasal kerja tuh nanti aku akan attach untuk backup. Diorang orang luar... apsal plak nak sibuk-sibuk kat port kita nih..
Katak : Agaknya diorang nih dah goyang kaki kot... tuh yang saja nak create scene untuk bagi ada kerja.
Boss Katak : Yer ler tuh... Ari tuh pasal gaji ko pon diorang query gak kan? Tak abeh abeh ler diorang nih... Ko ada pancitkan tayar tricycle diorang ke?
Katak : Maner ader boss.. nak jumpa diorang pon aku dah meluat dah skarang nih.
Boss katak : abes tuh apa yang ko nak buat skarang?
Katak : Saya rasa saya nak mintak pandangan unit undang-undang dulu ler boss. Kita kena ikot saluran yang betoi... lagipon kita tak salah buat aper nak takot kan?
Boss Katak : Bagus gak tuh... tak per... ko pegi mintak pandangan undang-undang dulu.. Pasal bab kerja tuh ko jangan riso... aku susul kemudian.
Katak : Okek boss... toce very much
**Dialog ini telah diolah untuk tujuan hiburan
Hahahhaha... boss aku dah kasik greenlight. nasib baik boss undang-undang tak der ari nih... ko tunggu jer ler bullshit oii...ko ingat semua orang ko leh tekan ke?? Ko silap pilih orang ler. Aku dah sound awal awal dulu... jangan kaco aku... atau aku akan buat idop ko merana. Aku akan buat ko merana... ko tunggu jer ler nasib ko nanti....
**To be continued lagi skali
10/10/2008
Hari nih aku gi kat unit undang-undang. Dengan semangat yang membara aku melangkah. Dalam hati nih menyumpah-nyumpah kat bullshit-bullshit tuh. Dah berapa banyak bakul durian aku nyumpah diorang tuh aku pon tak tau..
Sesampai aku kat unit undang-undang tuh...
Katak : Assalamualaikum Puan Rerama.. sibuk ker? kalau sibuk bulan depan jer saya datang balik..
Puan Rerama : Waalaikum salam... ooo katak... haaa.. dok ler... nak check virus ker? saya skarang tak der ternak virus dah... ternak semut jer.. pasal makan biskot berterabor ari tuh..
Katak : Tak der ler puan.. nak tanya sket jer.. ermm.. ader tak klaus yang membolehkan kita nak buat repot tentan personal assault keatas saya...
Puan Rerama : Ada... Lorr... Apa plak kes nya nih?? Ada orang buat sexual harrassment kat ko ker? Hahahahaha... Ader gak yang bernafsu kat ko ek??
Katak : Hishh.. sexual harrassment lagi... adehh... muka saya nih ader macam muka mangsa ganguan sexual ker??
Puan Rerama : Tak der ler.. tapi muka orang yang buat gangguan sexual tuh ader ler sikit sikit... Hahahhahaha...
Katak : Erk... tak der ler puan... sampe ati puan cakap saya cam tuh...
Puan Rerama : Heehhehe... alaaa.... gegurau pagi khamis pon nyentap ker?? Haaa.. aper kesnya?
Katak : Cam nih puan, saya cadang nak failkan report gangguan peribadi keatas saya.
Puan Rerama : Oooo... memang ada. keatas siapa? gangguan macam mana tuh?
Katak : Ermm cam nih citer dia... Once upon a time...
Puan Rerama : Citer bebetoi ler... aku cepuk ko karang... ( sambil ambik buku panduan tepon nak hempuk pala)
Katak : Alamak... Ok ok.. cam nih... ada 2 orang nih.. dia cakap memacam kat saya. Tapi adat ler umpat mengumpat tuh... Cuma apa yang saya tak puas ati... kedudukan dia sebagai Tukang Check Kerja mengeluarkan statement macam tuh... saya takut ia akan mempengaruhi keputusan checking dia keatas saya.
Puan Rerama : Oooo... macam tuh... jadik ko dengo benda nih dari orang ketiga ler ek? Ko bleh buat report... tapi ko kena quote kat betoi betoi apa yang orang tuh dengo dari molot diorang tuh. Sebelum tuh... ko ader terai cakap ngan orang-orang yang cakap cam tuh?
Katak : Belum puan... saya takut kalau saya gi saya nanti.. lepas nih diorang nak ngumpat kena pakai mesin macam dalam citer Ong Bak jer.. Teruk saya kerja kan nanti... Tuh pasal kalau leh saya nak amik legal action. Dan dengan sebab tuh gak ler saya jumpa puan... Kalo idak dah lama diorang makan bubur untuk makan tengah hari...
Puan Rerama : Marah betoi ko ek.. Bukan cam tuh katak.. terai ler slow talk dulu.. Aku bukan tak nak amik kes ko nih... cuma aku harap cuba ko guna cara berhemah dulu.. cara lembut dulu.. lepas tuh kalau dia buat gak.. ko hentam ler cukup cukup.
Katak : Tapi puan... diorang nih kalo tak diajar... melebih-lebih plak.. macam diorang tuh beso sangat.. dia ingat saya nih apa? dungu ker? saya tau ler saya nih ensem.. tapi jangan ler buat saya cam nih. kita sama-sama makan gaji. Bukan dia bayar gaji saya pon.
Puan Rerama : Ok ler katak.. itu hak ko kalau nak report. Memang bleh report. Kalau ko rasa tak senang nak bekerja... ko bleh report. tak der hal. Cuma kalau dari segi kemanusiaan ler... Aku cadangkan ko slowtalk dulu.. kali kedua dia buat cenggitu.. kita serang abis abis.
Katak : Erm... ok ler... kalau cam tuh puan cadangkan... tapi saya mintak tolong kat puan... tolong ler sampaikan hasrat hati saya nih... jangan sampai saya ambil tindakan yang akan buat dia menyesal kemudian hari..
Puan Rerama : Ermm.. nanti saya akan sampaikan.
Katak : Thanx bebanyak puan... Bawak keta ingat orang yang tersayang
Puan Rerama : Sama-sama... U too bebehhh...
Tak per... kali nih aku lepaskan ko... tapi jangan ingat ko leh tekan orang macam tuh jer.... pada korang yang kat luar sana... walau macam maner tinggi pon pangkat korang... jangan ingat kita nih besar sangat. Semut yang kecik pon leh buat gajah merana. Pada korang yang rasa tertindas kat tempat kerja tuh... jangan diam diri jer... banyak cara kita leh dapat hak kita..
Tag.. jangan tak tag!!
Nama-Nama Timangan Anda:
+angah
+katak
+kerek
+fue
+ah fue
+fuad
+abang
+lelah
+talaat
+honey (hanya orang tuh jer leh panggil aku nih)
Anda Seorang Yang :
+Sabar tapi jangan provok.
+kurus keding
+berkulit gelap
+tak amik pusing
+rilek jer
+kuat merokok
+suka tangkap gambo orang tapi tak suka ditangkap gambo
Insan Teristimewa ?? Describekan Dia Terlalu Istimewa Dimata Anda
+Yang teristimewa skali adalah mak bapak aku.. tak der diorang... tak der ler aku... betoi tak?
+adik beradik aku... walau macam maner pon korang... korang tetap family aku..
+Lee Hui Ying a.k.a Wing - dia terlalu istimewa bagi aku.
+Kengkawan aku... korang tau siapa korang...
Lagu Kesukaan Anda :
+Aku sebenarnya layan jer semua genre. Indie, Rock, Punk, Oi!, Ska, Alternative, Hip Hop, R&B, dan banyak lagi.. tapi aku paling ske ROCK KAPAK.. mungkin sebab aku dilahirkan pada zaman tuh kot.
Makanan Kesukaan Anda :
+Aku paling suka burger daging. sekali makan aku bleh telan 3-5 biji burger. huhuahuahuahuha
WARNA KESUKAAN ANDA :
+ #0166A6
SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
+Cemburu
+Tak nak kalah
+Ego
+Penting diri sendiri
+Bodoh sombong
+Poyo
TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA
Aku tak pakai beg... tapi dalam wallet aku ader
+Duit (mesti ler)
+Name Card
+IC, Lesen, Road Tax, Kad Bank dan sewaktu dengannya
KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
Ntah. Aku nih susah sket nak nangis... sedih tuh mungkin banyak kali kot
TAG 6 RAKAN ANDA
+MummySya
+Muncet
+sk8
+Ana Lipeh
+Jz
+Menteil
Persetankan!!!...
Gambo kat bawah nih kontribusi aku untuk Persetankan dot Com dalam Edisi 30 yang berjudul wajah... kat bawah nih keterangan diaWajah ialah sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia. Wajah merupakan aset penting bagi setiap individu kerana kita mengenali seseorang itu secara umumnya daripada wajah. Wajah melambangkan emosi seseorang, yang dihadirkan oleh ekspresi wajah seseorang. Daripada reaksi wajah, kita sebenarnya dapat mentafsir fikiran dan situasi seseorang itu. Reaksi gembira, sedih, terkejut biasanya terhasil secara spontan dan luar kawal dan ianya merupakan salah satu bentuk komunikasi nonverbal, dan dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang yang mengamatinya.
Fhoto submisi mestilah berbentuk potret hitam putih dan sila kreatif dengan fhoto anda. Jangan submit fhoto yang berbentuk pasport yang konfem direjek dan sila kreatif dengan angle-angle anda.Satu lagi yang kami terlupa, fhoto wajah ini mestilah subjek wajah manusia bukan flora atau fauna Homo Sapiens sahaja.
SYARAT DAN REGULASI…
1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Pastikan perkataan “Wajah” disertakan di dalam fhoto.
3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “WAJAH” manusia.
5. Fhoto adalah POTRET hitam putih.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.comp/s - Poster kredit to Mummoze
So aku anto 2 kontribusi...
1. Tajuk dia Kepulangan Yang Dinanti. Gambar nih aku amik masa majlis pertunangan member aku yang nama dia Den a.k.a Rudy Hartono


Yang nih plak actually gambo aku ngan sepupu aku masa umo 4 taun dulu. dan aku dah upload original foto nih kat entry aku yang lepas.Yang nih tajuk dia Ketakutan!
So... aper komen korang kat gambar² tuh???




