Sayang, Cinta dan Kepercayaan
Ari nih aku nak jadik jiwang sket. Dalam hati setiap orang, tak kira mat punk ker, pengemis ker, pegawai bank ker atau sesiapa saja... mesti ada perasaan cinta atau sayang. Tak kira kepada benda, orang atau apa saja.
Setiap orang ada tafsiran tersendiri mengenai sayang atau cinta nih. Semua tafsiran tuh betul sebab benda nih subjektif. Bergantung kepada individu yang mentafsirkannya. Tapi... Pada aku sayang nih berasaskan kepercayaan. Tanpa kepercayaan kita tak dapat merasa cinta atau kasih sayang. Aku amik contoh mudah jer. Katakan kita sayang harta kita contohnya sebatang pen. Pen biasa jer. Katakan pen kilometrico warna hitam. Walaupon pen tuh biasa jer dan semua orang boleh dapat pen tuh dengan senang, tapi kita sayang pen kita yang satu tuh. Sebab apa?
Kalau ditanya empunya badan mungkin dia akan jawab.. "Sebab aku sayang ler... milik aku. Aku yang punya. mesti ler aku sayang.." Tapi kalau kita selam kat hati dia mungkin pada dia pen tuh banyak membantu dia. Dia percaya pen tu ler yang buat dia berjaya. Dia percaya pen tu lebih baik dari pen lain walaupun dengan harga yang berlipat kali ganda.
Jom kita tengok contoh lain... Aku amik contoh sepupu aku. dia sayang sangat bantal busuk dia. Walaupun warna dari warna maroon dah bertukar kepada warna cokelat gelap bertompok-tompok hitam, dia tetap tak nak lepaskan bantal busuk tuh. Kenapa? Kalau kita tanya sesaper yang ader bantal busuk tuh... mesti dia cakap "Lantak aku ler... ko sebuk ape?" Tapi dalam hati dia, dia percaya bantal tuh adalah satu-satunya harta yang tak ternilai kepadanya yang dia miliki dari kecil. Dia percaya bantal tuh berbau wangi walaupun orang yang dekat ngan dia nak muntah bila cium bau bantal tuh.Ini adalah kerana manusia mempunyai otak yang berfungsi dalam 2 cara iaitu minda sedar (conscious) dan minda dibawah sedar (subconscious). Sayang, Cinta dan Kepercayaan terletak di bahagian Minda dibawah sedar. minda dibawah sedar berkait rapat dengan perasaan. Perasaan dengan subconscious nih saling berhubung diantara satu sama lain. Samada perasaan yang memberitahu subconscious atau sebaliknya.
Contoh perasaan memberitahu subconscious dan sebaliknya:
Ada member kat sebelah kita pasang lighter kat tumit kaki kita masa kita tak sedar. Secara refleks, kita terkejut dan menjadi marah. Secara automatik kita maki member kita tadi. Senario nih tunjuk bahawa subconscious menggerakkan refleks kita untuk menjauhkan tumit kita dari api dan memberitahu perasaan kita untuk jadi marah. perasaan akan hantar balik signal kat subconscious untuk kita marah member kita tuh. dan terkeluarler ayat ayat power dari mulut kita.
Isk isk isk... nih aku dah melalut plak nih. Sebenonye aku nak cakap semua nya berasal dari kepercayaan... Tuh pasal dalam Islam.. kepercayaan tuh adalah Rukun Iman. Asas kepada agama Islam. Sebab semuanya bermula dari kepercayaan. Katakan ler kalau kita percaya hantu tuh ada dan slalu kaco orang. maka kita akan takut untk kuar malam.
Jadi untuk bercinta atau berumahtangga, kepercayaan tuh yang paling penting dan yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. kalau isteri tak percaya kat suami.. atau suami tak percaya kat isteri... hari hari mesti gaduh... bila dah gaduh mula ler cari alternatif lain. sama gak ngan bercinta. Sebab cinta dibentuk oleh kepercayaan. tak der kepercayaan.. maka tiada cinta.
Itu pandangan aku. Memang banyak faktor lagi sebenarnya. Cuma pada aku kepercayaan ler yang paling penting....