Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Sayang, Cinta dan Kepercayaan

By Katak Yang Hina

Ari nih aku nak jadik jiwang sket. Dalam hati setiap orang, tak kira mat punk ker, pengemis ker, pegawai bank ker atau sesiapa saja... mesti ada perasaan cinta atau sayang. Tak kira kepada benda, orang atau apa saja.

Setiap orang ada tafsiran tersendiri mengenai sayang atau cinta nih. Semua tafsiran tuh betul sebab benda nih subjektif. Bergantung kepada individu yang mentafsirkannya. Tapi... Pada aku sayang nih berasaskan kepercayaan. Tanpa kepercayaan kita tak dapat merasa cinta atau kasih sayang. Aku amik contoh mudah jer. Katakan kita sayang harta kita contohnya sebatang pen. Pen biasa jer. Katakan pen kilometrico warna hitam. Walaupon pen tuh biasa jer dan semua orang boleh dapat pen tuh dengan senang, tapi kita sayang pen kita yang satu tuh. Sebab apa?


Kalau ditanya empunya badan mungkin dia akan jawab.. "Sebab aku sayang ler... milik aku. Aku yang punya. mesti ler aku sayang.." Tapi kalau kita selam kat hati dia mungkin pada dia pen tuh banyak membantu dia. Dia percaya pen tu ler yang buat dia berjaya. Dia percaya pen tu lebih baik dari pen lain walaupun dengan harga yang berlipat kali ganda.

Jom kita tengok contoh lain... Aku amik contoh sepupu aku. dia sayang sangat bantal busuk dia. Walaupun warna dari warna maroon dah bertukar kepada warna cokelat gelap bertompok-tompok hitam, dia tetap tak nak lepaskan bantal busuk tuh. Kenapa? Kalau kita tanya sesaper yang ader bantal busuk tuh... mesti dia cakap "Lantak aku ler... ko sebuk ape?" Tapi dalam hati dia, dia percaya bantal tuh adalah satu-satunya harta yang tak ternilai kepadanya yang dia miliki dari kecil. Dia percaya bantal tuh berbau wangi walaupun orang yang dekat ngan dia nak muntah bila cium bau bantal tuh.Ini adalah kerana manusia mempunyai otak yang berfungsi dalam 2 cara iaitu minda sedar (conscious) dan minda dibawah sedar (subconscious). Sayang, Cinta dan Kepercayaan terletak di bahagian Minda dibawah sedar. minda dibawah sedar berkait rapat dengan perasaan. Perasaan dengan subconscious nih saling berhubung diantara satu sama lain. Samada perasaan yang memberitahu subconscious atau sebaliknya.

Contoh perasaan memberitahu subconscious dan sebaliknya:

Ada member kat sebelah kita pasang lighter kat tumit kaki kita masa kita tak sedar. Secara refleks, kita terkejut dan menjadi marah. Secara automatik kita maki member kita tadi. Senario nih tunjuk bahawa subconscious menggerakkan refleks kita untuk menjauhkan tumit kita dari api dan memberitahu perasaan kita untuk jadi marah. perasaan akan hantar balik signal kat subconscious untuk kita marah member kita tuh. dan terkeluarler ayat ayat power dari mulut kita.

Isk isk isk... nih aku dah melalut plak nih. Sebenonye aku nak cakap semua nya berasal dari kepercayaan... Tuh pasal dalam Islam.. kepercayaan tuh adalah Rukun Iman. Asas kepada agama Islam. Sebab semuanya bermula dari kepercayaan. Katakan ler kalau kita percaya hantu tuh ada dan slalu kaco orang. maka kita akan takut untk kuar malam.

Jadi untuk bercinta atau berumahtangga, kepercayaan tuh yang paling penting dan yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. kalau isteri tak percaya kat suami.. atau suami tak percaya kat isteri... hari hari mesti gaduh... bila dah gaduh mula ler cari alternatif lain. sama gak ngan bercinta. Sebab cinta dibentuk oleh kepercayaan. tak der kepercayaan.. maka tiada cinta.

Itu pandangan aku. Memang banyak faktor lagi sebenarnya. Cuma pada aku kepercayaan ler yang paling penting....
 

11 comments so far.

  1. Miss Reen February 25, 2008 at 8:16 PM
    kepercayaan itu sgt penting la bg aku..
    biler orang tak percaya aku..aku akan blah seawal mungkin..
  2. dolphine February 26, 2008 at 9:00 AM
    Bila dah percaya wujudlah sayang dan cinta..Bukan bercinta dan rumahtangga je perlu kepercayaan tapi dalam berkawan pun kene ade sebab dalam persahabatan kepercayaan jugak penting klu takde percaya maka wujudlah kawan makan kawan dan musuh dalam selimut...
  3. Anonymous February 26, 2008 at 10:29 AM
    bg diri eena kepercayaan tu sgt2 la penting dalam sesuatu perhubungan...tak kira dah kawen, bercinta or dalam persahabatan..:)
  4. Yaya February 26, 2008 at 12:25 PM
    cinta itu indah, jika segala galanya adalah kerana Allah...:))
  5. Anonymous February 27, 2008 at 9:40 AM
    Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  6. Anonymous February 27, 2008 at 9:41 AM
    Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  7. Anonymous February 27, 2008 at 9:41 AM
    Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
  8. Anonymous February 27, 2008 at 9:43 AM
    Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.....
  9. Zura February 27, 2008 at 5:49 PM
    hahaha..

    aku tktau nak kata apa dah..

    :(
  10. FF March 3, 2008 at 6:30 PM
    ouh yes, mmg jiwang.

    chill out. life is gd enough to be tested ;D
  11. j z . z March 5, 2008 at 6:26 PM
    erk?

    pakcik katak ke ini?

    :P

Something to say?