Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Selamat Pagi Che Gu!!!

By Katak Yang Hina
Aku rasa ari nih aku nak jadik cikgu. Bukan aper... cuma aku nak share satu citer yang diciterkan oleh penceramah masa aku pegi kursus ari tuh. Dia cakap cam nih....

"Pejamkan mata anda. Bayangkan anda sebatang pensel Steadler untuk dipasarkan di seluruh pelusuk dunia. Sebelum anda dihantar untuk dipasarkan, pemilik kilang pensel berucap kepada pensel-penselnya.



Wahai pensel-pensel sekalian... Ingatlah pesananku yang lima nih... Jangan sesekali kamu lupa kerana ia merupakan panduan hidupmu selamanya.

Pertama...

Letaknya kamu ditangan pemilikmu. Salurkanlah kebaikan yang ada padamu demi pemilikmu dan berkhidmatlah dengan sepenuh hati.

Kedua...

Di dalam mu mempunyai perkara yang paling penting. Walau bagaimana pun rupa mu diluaran namun didalam yang membezakan antara kamu dengan yang lain.

Ketiga...

Di atas mu mempunyai pemadam. Sekiranya kamu melakukan kesilapan, padamkanlah ia dan gantikanlah dengan yang lebih bermakna.

Keempat...

Kamu boleh meninggalkan kesan diatas apa sahaja permukaan. Namun, tinggalkan lah kesan yang mendalam dan positif untuk ditatapi oleh sekelilingmu.

Dan yang terakhir....

Apabila kamu tumpul, asahlah dirimu dengan pengalaman. Walaupun ia menyakitkan, namun percayalah... pengalaman itu akan mengajar mu erti kehidupan dan menjadikan dirimu lebih matang dan berguna untuk kehidupan.

Begitulah ucapan pemilik kilang sebelum pensel-pensel itu diedarkan ke serata dunia.

Petikan ini aku amik dari ucapan penutup kursus induksi bil 1/2008 di De Rhu Beach Resort yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang.

Pada aku ucapan singkat yang beliau bagi masa tu cukup bermakna. Cuba kita letak diri kita sebagai pensel. Jangan lagi kita umpama kan diri kita sebagai lilin atau dian sebab ia hanya menerangi pada masa tu je.. tapi pensel akan meninggalkan kesan sehingga ke akhirnya...
 

9 comments so far.

  1. Yaya February 20, 2008 at 7:52 PM
    wahhh byknye gambo katak..kenapa agaknyer yer???
  2. Katak Yang Hina February 20, 2008 at 8:03 PM
    aleeya : pasal aku ske tengok katak.. biar pon hodoh... tapi hati dia baik sebab panggil ujan untuk bagi tumbuhan subur... bila tumbuhan subur... oksigen akan jadik lagi banyak untuk kita sedut... betoi ker ape yang aku cakap nih?
  3. Yaya February 20, 2008 at 10:06 PM
    betoi le tu kot, tapi aku ni agak geli ngan katak, klo dulu kat umah atok aku, katak masok umah (bilik air) aku telompat2 pastu belari2 sampai pucat muka melarikan diri hahahaha
  4. Katak Yang Hina February 21, 2008 at 8:21 AM
    aleeya : tuh ler pasal dia jadik katak yang hina... orang baru tengok jer dah kena hina.. hehehhehe
  5. Yaya February 21, 2008 at 10:48 AM
    hahahahaha lawakkkk

    tapikkkk tu katak
    manusia mana bley hina menghina
    semua sama jerk kan kan kan
  6. Anonymous February 21, 2008 at 1:19 PM
    Baguslah perumpamaan yang penceramah katak bagi tu...Nie gua nak kongsi..
    Kenangan yang lalu tidak boleh dilupakan kerana kenangan itulah guru kepada pelajaran untuk hari ini dan esok...Kenangan semalam umpama mimpi yang indah sehingga kita takut mimpi itu hilang bila terjaga tapi bila mimpi itu menjadi parut pasti kita tak takut untuk terjaga kerana parut itu masih bersama sampai bila-bila..wallahulaam
    Semoga berjaya wahai sang katak
  7. Katak Yang Hina February 22, 2008 at 10:20 AM
    anonymous : aiseymen... register ler id kat blogger... baru ler besh... tapi time kasih atas perkongsian anda tentang kenangan. betul cakap anda... kenangan tuh guru kepada pelajaran... tapi perasan tak... kenangan manis tuh susah betoi nak ingat... kalau kenangan buruk tuh.. senang je
  8. dolphine February 22, 2008 at 3:59 PM
    sorilah katak semalam tak sempat..
    lu susah nak ingat yang manis2 takpe lagi bagus ingat yg pahit coz yang pahittulah selalu menjadi guru kepada kita nanti..tak gitu?
    tapi bagi gua pahit manis tu kan lumrah kehidupan
  9. Anonymous February 26, 2008 at 5:22 PM
    kenangan terindah di De Rhu Beach Resort, Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur...

Something to say?