Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Rokok

By Katak Yang Hina


Aku rasa entry aku kali nih mesti jadik kontroversi sebab aku akan kupas pasal benda yang kebanyakan orang tak suka terutama pompuan... iaitu ROKOK... hehhehe

Ramai orang skarang nih bercakap pasal keburukan rokok. dan ramai yang anggap orang isap rokok pasal nak lagak macho. nak lagak macam dewasa. Ramai jugak yang cakap rokok tuh penyebab penyakit. Tapi tak per... mungkin diorang tak paham. So aku nak terangkan sikit pasal rokok nih dari perspektif mata aku.


1. Belagak macho
Kalau perokok dianggap menghisap rokok pasal tunjuk macho... naper orang tetua yang tak der gigi pon isap rokok sama? takkan diorang nak tunjuk macho gak. Bagi bebudak muda tuh kalau nak isap rokok pasal nak tunjuk macho... nape diorang isap rokok sesorok? (time aku dulu ler.. isap rokok bawah jambatan. maner ader tunjuk kat orang macam skarang nih.) Cuba korang pikir balik.. Aku rasa ler... yang tak isap rokok lagi macho.. rilek jer...

2. Penyebab penyakit
Sebenarnya rokok bukan ler penyebab penyakit. Tetapi dia PENYUMBANG KECIL kepada banyak penyakit. Bak kata orang kampung aku... rokok tuh sebenarnya PEMANGKIN kepada penyakit. Mungkin ader ler sesetengah penyakit yang disebabkan rokok.. Tapi penyakit tuh tak der ler sampai membawa maut macam ulser bibir, sakit tekak dan sebagainya. Pada aku, penyakit nih semuanya punca dari MAKANAN. Nabi Muhammad SAW pon cakap kena jaga perut untuk jaga kesihatan. Tak der plak diriwayatkan tak leh isap shisha (alat untuk ganti rokok kat negeri Arab) untuk elak penyakit. Ramai orang mati masa tengah makan. Ramai orang mati masa tengah main. Tapi pernah ker terdengar ada orang mati masa isap rokok?
3. Badan Berbau
Cuba korang tanya orang sekeliling... diorang suka bau ketiak ke atau bau rokok? Aku jamin 100% semua orang akan cakap lagi suka bau ketiak rokok (kecuali ketiak sendiri). Setiap manusia mempunyai bau badan. Tapi bagi bau badan yang tengit, stomek, palat dan sewaktu dengannya... aku syorkan isap rokok pasal bau rokok boleh kurangkan bau badan korang.


4. Sikap perokok
Ramai yang beranggapan bahawa perokok nih budak jahat. Aku pon tak tau ler mahzab mana yang diorang pakai. Tapi pada aku perokok nih berani. Berani masa memula isap rokok dulu. Berani tanggung akibat perbuatannya. Walaupon dia tau perbuatannya tuh akan mengundang kemarahan mak bapak dia. Lagi satu... cuba korang tengok sekeliling korang. Bezakan personaliti seorang perokok ngan seorang yang tidak perokok. Korang akan dapat lihat perokok lebih senang bergaul dengan orang lain. Berani memberi pendapat. Manakala kalau yang bukan perokok tuh dia lebih pasif. Mengikut teori aku cipta sendiri (tak tau ler betoi ker idak)... bila seseorang tuh merokok, dia akan jadik lebih tenang. Mana ader orang isap rokok lepas berlari kan? Slalu bila orang tensen.. dia akan isap rokok. sebab rokok akan buat dia lebih tenang dan rileks.

5. Membazir duit
Kepada yang bukan perokok, merokok memang membazir. Tapi pada perokok, merokok tuh macam tuang petrol dalam keta. pejam mata sebelah jer. perokok sanggup tak makan semata-mata untuk beli rokok. kepada awek-awek yang nak suruh balak dia berenti rokok tuh... batalkan aje niat tuh. kalau sampai seru nanti diorang akan berenti sendiri. Alangkan makan pon diorang sanggup skip pasal rokok, inikan pulak awek yang belum tentu jadik bini laie. Kengkadang pasal rokok pon leh bawak jadik gaduh... so.. becareful. Jangan sampai benda kecik nih jadik punca kepada putusnya silaturrahim.


Itu ler sedikit sebanyak tanggapan umum yang salah terhadap perokok dan merokok. Aku bukan nak menggalakkan merokok ker atau menyuruh semua orang merokok. Even aku sendiri pon dalam proses nak berenti. Cuma aku harap orang ubah tanggapan diorang kepada perokok nih. Dah ler kena sisih kat tempat-tempat awam. Pastuh kena usha serong plak tuh. Lagi satu... Kalau jalan sebelah tuh jangan ler tutup idong. Hina sangat ke perokok nih?? yang korang sedut asap lori ngan keta tuh tak per plak?? Kalau nak adil.. pakai mask. Ini jalan sebelah sambil tutup idong. No manners betoi. Kalau tak tahan sangat... lebihkan 4-5 langkah untuk amik jarak yang jauh sket.


Sebelum aku lupa.. aku penah terbaca satu artikel yang mengatakan apabila rokok disedut oleh perokok, kandungan nikotin yang terdiri dari unsur karbon (C) melekat dalam tubuh perokok dan menambah bilangan sel karbon dalam rantaian sel perokok. Jadi, bila kekurangan nikotin dalam badan atau kekurang unsur karbon dalam badan, badan akan secara automatik akan memberitahu otak bahawa perokok kena merokok. Kepada mereka yang nak berenti merokok, hati-hati. Kalau boleh berenti pelan pelan. Jangan pasal awek marah sebab isap rokok... terus berenti merokok. Bahaya sebab badan dah terbiasa dengan penambahan unsur karbon. Bila tetiba unsur tuh diberhentikan, badan akan terkejut dan menyebabkan komplikasi dalam badan.
Tetiba aku cakap macam doktor plak... hehehe.

Sebelum aku abiskan entry aku kali nih.. cuma satu jer pesan aku....

KEPADA PEROKOK... TAKE IT SLOW... KEPADA YANG TAK MEROKOK... LEBIH BAIK JANGAN MEROKOK.!!

Len kali aku akan citer macam mana aku leh terjebak ngan rokok.... Peace Braderrr!!
 

2 comments so far.

  1. Zura February 22, 2008 at 8:39 PM
    erm.

    apa aku nak komen ya?

    ekceli merokok ni sebenarnya tk elok..tk baik utk paru² kite..dan semestinya pada orang² sekeliling kite...sbb kita yg merokok..depa yg dpt tar² nye!!
    agaknye le..kekalo duit yg kita beli rokok berkotak² tu kita simpan ke setahun...bleh beli Nikon d40 tak? kalo boleh aku sanggup!!
    hahahhaahahahah
    tapi ye lah..memasing ada pendapat yg tersendri..
    pape pon tahniah le pada cik poad kerana berani mengupas isu rokok ni..bravo!
  2. Anonymous March 21, 2008 at 7:45 PM
    Ahaks...aku setuju bab perokok mudah berkawan. Aku peratikan disekeliling aku..kawan yang merokok mudah nak mintak tolong berbanding dengan yang tak merokok..nampak jer skema..tapi bila kita susah mcm2 alasan dia bagi. tapi kawan yang merokok aku peratikan sanggup bersusah payah bilah kita dalam kesusahan. Kat tempat aku ramai yang nampak jer baik...perngai macam setan..dengki..semuanya tak merokok..

Something to say?