Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Kumpulan Jiwa- Muk Dan Seri

By Katak Yang Hina
Kepada Kumpulan Jiwa iaitu Muk (Vokalis) dan Seri (Guitar), entry kali nih aku buat tribute especially untuk korang tanda support aku pada korang. Lepas nih korang datang kl belanjer aku makan... hahahhaha. Bagi penggemar muzik yang lain... depa duorang nih member aku dari Manjung, Perak. Ini lagu-lagu test market diorang... aku harap korang dengar dan bagi komen supaya diorang bleh perbetulkan mana yang tak betul dan bleh tros berkarya....

Link Myspace diorang

so... enjoy.... layankan single pertama diorang...



Kumpulan Jiwa - Ku Disini


Kumpulan Jiwa - Buat Yang Tercinta

 

To My Momma

By Katak Yang Hina
Dari dulu sampai skarang aku tak pernah ucapkan kata-kata kasih kepada mak aku. Dan sememangnya aku tak reti nak berkata-kata macam tuh secara zahir. Sempena Hari Ibu nih aku nak amik kesempatan untuk luahkan segalanya untuk mak aku.

Dari kecik aku banyak menyusahkan mak. masa kecik aku gemuk. naik roboh bahu mak bapak aku dukung aku... tapi diorang tak pernah merungut. Dah gemuk tau tau jer ler makan macam maner... aku tak tau mak bapak aku rolling duit cenggana untuk menyara kitorang adik beradik. Dah besar sket aku kursu sket mungkin pasal aktif. Tapi nakal tak sudah sudah. Aku ingat lagi aku pecahkan lampu kat umah pakcik aku.. Malu gile mak aku masa tuh. Sampai skarang lampu tuh tak berganti. Mungkin sebagai pengajaran kat aku yang tak makan saman nih.

Mak... maafkan aku sebab banyak menipu mak. kengkadang tuh aku tau mak dah memang tau yang aku menipu... tapi mak buat tak tau sebab malas panjang ceriter. Aku mintak maaf bebanyak sebab rosakkan cincin kawin mak dulu semata-mata sebab nak tunjuk kat orang aku nih taiko pakai cincin emas. Maafkan aku sesangat. Masa tuh aku jahil. Mintak ampun seribu ampun kat mak sebab aku banyak kali buat mak menangis. Banyak dosa aku kat mak dan aku tak tau macam maner aku nak tebus balik segala kesalahan aku dulu. Dulu aku jahil... apa yang mak tegur.. aku berontak.. ape yang mak cakap semua aku bangkang. Aku mintak maaf bebanyak sebab aku pernah sematkan benci dalam hati aku yang busuk nih sebab leteran mak.

Tapi sekarang aku paham semua skali... aku terima kasih banyak banyak kat mak sebab sedarkan aku... aku terima kasih kat mak sebab meleter aku tak pernah jemu. semata mata untuk melihat agar aku tidak tersilap langkah skali lagi. Terima kasih banyak banyak mak. Aku tak tau cam ner nak balas. Kalau Allah bleh amik semua pahala kebaikan aku untuk dijadikan pahala untuk mak sebagai menebus dosa aku nih... aku redha..

Dan akhir skali.... AKU SAYANG MAK BAPAK AKU!!!

Lantak ler kalau orang nak cakap aku nih anak mak ker atau ape ker... aku tak kisah.. aku memang anak mak aku... bukan anak angkat atau anak pungut. Dan aku bernasib baik sebab sempat sedar semasa mak aku masih dizinkan Allah untuk hidup didunia nih. So... kepada semua.... Jangan tunggu sampai terlambat


 

Chantekkkk

By Katak Yang Hina

aku syok dengar lagu nih... makna yang mendalam... aku tujukan khas untuk dia yang di luar sana...

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa


kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga
chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...
 

Gerbang Warisan

By Katak Yang Hina

Bebaru nih aku balik kampung... satu tempat yang tak penah aku miss bila aku balik kampung.. Gerbang warisan... aku suka sangat pegi tempat nih... memacam benda pelik aku dapat tengok... kat bawah nih sikit sebanyak menda yang aku leh share ngan korang

kalau korang ader masalah keguguran rambut... leh jumpa apek nih

keta manik... ader mau bili kaa??

komputer, speaker hi-fi ngan tv pon ader... murah punye kasik

saper nak buat sound system kat umah... leh amik barang kat sini... complete set.. stereo keta pon ader.

yang nih kepada sesiapa terutama lelaku yang ader masalah ehem ehem... sila jumpa doktor nih... gerenti puas... huhuhuhuhu

tak der sen nak beli keta sorong baby??? jangan riso.. kat sini ader.

"ayah... kat skolah abang dah pakai komputer ler... kita bila lagi nak beli... abang dah tak tahan nak tenet nih"

slipar spikey.. hehheh jangan riso... getah jer tuh


Anda pernah dengo minyak belacak dan minyak lintah?? haa.... ader dijual disini
ape lagi yang tak cukup kat umah.... semua ader jual sini

sportrim keta pon ader...

sesak pon sesak ler... janji aku dapat barang aku


aku rasa kat muzium jer korang leh jumpa radio macam nih...

keta baru kena eksiden?? ader masalah sparepart? leh carik kat sini... water filter pon ader... hehhehe

saper nak ubah profession jadik penghebah jualan murah... leh pakai corong suara nih.

fuhh... LP.. nasib baik aku tak der LP player... kalau idak aku dah buat koleksi dah

lagi macam² barang yang dijual...
pasu dari dinasti ming tuh... katanya ler....

side mirror kena cilok?? leh carik kat sini... 3 hengget jer

nak beli gelang bleh... nak main dam aji bleh.. nak tengok vcd pon leh...

aku ingat nak beli ler kipas tuh letak kat bilik aku... amacam.. sempoy tak??

barangan biasa yang dijual... kasut bundle...

lagi sparepart yang dijual... ader macam korang punye yang kena cilok ari tuh ker?
Kat sini macam pasar karat kat KL tuh.. tapi sini banyak keling botol yang jual... kalau macam kat negeri omputih tuh diorang panggil backyard sale. aku pon penah bejual kat sini... masa tuh aku jual baju-baju lama aku ngan set buku dragonball aku.. bukak lantai baru 5 hengget... tapi syok tengok gelagat orang.
 

:: Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::

By Katak Yang Hina
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

Suami : Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

 

KL Drift

By Katak Yang Hina

Ader macam Duduk dalam keta Need For Speed Tak????
 

Sorry Bebanyak

By Katak Yang Hina
Sorry bebanyak kat korang semua yang bukak blog aku tapi tengok tak der aper aper perubahan. Untuk pengetahuan korang skarang nih aku sibuk sket. Opis aku tukar management. Jadik memacam ler tukar skali. Disebabkan aku online kat opis jer (owang miskin... tak mampu nak masuk line kat umah.. isk.. isk.. isk...), jadik terbatas ler sket kerja-kerja aku mengupdate blog nih. Sbenonye tak der aper nak citer pon. Just rutin aku harian. Bangun pagi, pegi keja... Buat OT sampai kol smilan. Balik Umah main PS2. Itu je rutin aku. Nak buat mende lain pon tak der keinginan. baik aku lepak umah jer. senang.
Tapi minggu lepas, lepas aku balik dari makan malam. aku terkejut pasal ader eksiden on the way aku nak balik umah tuh. Mamat nih india. dalam lingkungan 20an. aku rasa mabuk kot. dia bawak laju. pastuh hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok kat tepi jalan. moto dah melekat kat pokok tuh.. dia plak, disebabkan impak hentaman moto ke pokok tuh... dia tercampak dari moto dan merempuh tiang signboard yang terletak 3 meter dari pokok tadi. batang signboard tuh tepat kena muka dia. lepas tuh dia tercampak lagi 5 meter dari tiang tadi.
Mamat india nih mati dalam keadaan mengerikan. muka dia tak hancur. tapi tengkorak dia hancur. gigi dia beraper banyak dalam perut aku pon tak tau. badan pon dah lunyai sebab semua patah mungkin pasal kena hentaman tuh.

kawasan nih memang tak makan saman punye budak. diorang semua jenis pale batu.. maleh pakai helmet. bawak plak macam kena kejo dengan kuda putih. tak penahnye nak slow. aku pon tak paham ler...rempit tuh rempit gak. aku pon rempit gak dulu(skarang pon rempit gak lagi). tapi safety first. keselamatan kita tak der orang lain yang leh jaga melainkan diri kita sendiri.... Peace bradehh!!!
 

Prebet Lapuk - Darah Satria

By Katak Yang Hina
Aku suka betoi citer nih.. aku skarang nih nak carik citer citer lama... nak buat koleksi.. teringat balik masa zaman skolah dulu... huhuhuhu


 

Volevo un gatto nero (1960an)

By Katak Yang Hina
Masa ku tengah surfing tetiba hati aku tergerak nak carik satu lagi nih... dan aku nak sangat share ngan korang semua pasal lagu nih sempoy sangat.. So.. terimalah

Volevo un gatto nero

Penyanyi dia tak tau... tapi skarang penyanyi dia dah jadik nenek orang kot... huhuhuhu


 

Entah Hape² Entah

By Katak Yang Hina
Baru- baru nih kita digemparkan dengan lagu. Lagu yang begitu kontroversi datang dengan kisah yang menyayat hati.

Kisahnya begini....

Seorang lelaki mencipta lagu ini didalam penjara dan ditujukan kepada isterinya yang telah menduakannya. Si suami iaitu lelaki tadi dihukum gantung sampai mati kerana membunuh pasangan si isteri tadi. Sementara menunggu hukuman gantung dilaksanakan, lelaki atau si suami tadi telah mencipta lagu ini dan diperdendangkan kepada rakan-rakan terdekat sebagai permintaannya yang terakhir sebelum dia digantung. Ada yang kata dia bunuh isterinya sekali. Ada pula cerita yang mengatakan isterinya menjadi gila selepas mendengar lagu nih. Dan yang paling best... Lagu ini yang dikatakan dicipta oleh banduan tuh... rupa-rupanya satu gimik dan penyanyi sebenarnya dikatakan sebagai Ayie dan Berd (click link untuk lihat video). Ada pula yang buat macam lagu ciptaan sendiri dengan menukar tajuk lagu. Ada yang cakap tajuk dia Perangkap Cinta, ada pula yang cakap tajuk dia Cinta 3 Segi.

Tapi apa apa pun kisah disebalik lagu nih, siapa jua pemilik lagu nih dan apa saja tajuknya, aku salute ciptaan korang nih. Lirik lagu simple. Tapi menusuk. Mungkin pasal ditambah dengan unsur unsur side effect dan perbalahan mengenai asal usul lagu nih yang buat lagu nih begitu menusuk kalbu. Jadi aku nak share ngan korang semua lagu nih. Enjoy.. Sediakan tisu siap siap untuk lap air mata....
<