Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Entah Hape² Entah

By Katak Yang Hina
Baru- baru nih kita digemparkan dengan lagu. Lagu yang begitu kontroversi datang dengan kisah yang menyayat hati.

Kisahnya begini....

Seorang lelaki mencipta lagu ini didalam penjara dan ditujukan kepada isterinya yang telah menduakannya. Si suami iaitu lelaki tadi dihukum gantung sampai mati kerana membunuh pasangan si isteri tadi. Sementara menunggu hukuman gantung dilaksanakan, lelaki atau si suami tadi telah mencipta lagu ini dan diperdendangkan kepada rakan-rakan terdekat sebagai permintaannya yang terakhir sebelum dia digantung. Ada yang kata dia bunuh isterinya sekali. Ada pula cerita yang mengatakan isterinya menjadi gila selepas mendengar lagu nih. Dan yang paling best... Lagu ini yang dikatakan dicipta oleh banduan tuh... rupa-rupanya satu gimik dan penyanyi sebenarnya dikatakan sebagai Ayie dan Berd (click link untuk lihat video). Ada pula yang buat macam lagu ciptaan sendiri dengan menukar tajuk lagu. Ada yang cakap tajuk dia Perangkap Cinta, ada pula yang cakap tajuk dia Cinta 3 Segi.

Tapi apa apa pun kisah disebalik lagu nih, siapa jua pemilik lagu nih dan apa saja tajuknya, aku salute ciptaan korang nih. Lirik lagu simple. Tapi menusuk. Mungkin pasal ditambah dengan unsur unsur side effect dan perbalahan mengenai asal usul lagu nih yang buat lagu nih begitu menusuk kalbu. Jadi aku nak share ngan korang semua lagu nih. Enjoy.. Sediakan tisu siap siap untuk lap air mata....
<
 

1 comment so far.

  1. Anonymous March 21, 2008 at 5:41 PM
    ye lah..
    aku pon mula2 tertipu...
    sampai aku pon wat entri nie..
    http://www.menteil.net/?p=30

    bila siasat2 balik..
    rupanya itu rekaan..

    tapi entri nie cukup laku..
    setiap hari ada la dalam belas orang masuk untuk carik lagu nie..

Something to say?