By Katak Yang Hina
Aku
malas nak cakap banyak pasal
gegambar kat sini...
korang tengok jer ler. dedolu aku memang
gemok. tapi berkat daya
usaha aku yang menyedari
obesiti ini membahayakan kesihatan.
lalu aku turunkan
berat badan pada
usia aku 6 taun... hehhehehe
Biar
hati yang bicara. jangan
molot yang mengata.... Saksikanlah... Ripley's Believe It Or Not!










Tak baik gelakkan orang tau... mak aku cakap dosa.... baik korang mintak maap kat aku balik... alaaa. bukan susah pon... blanjer aku mekdi punye foldover jer... hehehehhe
By Katak Yang Hina

Aku tak terpikir yang aku leh jumpa orang yang sebaik dia. Masa aku memula jumpa dia... macam lawak pon ader. Masa tuh kitorang ada gathering kat Telok Batik, Perak. Dia sorang je lain dari yang lain. Malam tuh kami tido bersepah. Ada yang tido kat atas lantai. Ada yang tido atas kerusi. Yang ada family tuh tido dalam bilik ler. Malam tuh aku tido atas sofa pasal aku dah cop awal awal. pastuh aku tengok dia sensowang tido atas meja makan. Aku bangun pastuh aku kejut dia suruh dia tido atas sofa tuh. Biar aku tido kat meja makan tuh. Sakit blakang nanti aku cakap kat dia. Dia pon dengan memalu gi ler kat sofa tuh. Dan itu le first time aku cakap ngan dia. Konon nak jadik gentleman ler. Tapi tak per. Aku pikir, aku nih laki, dia pompuan. Tak per ler... aku bagi dia tido kat sofa tuh. Besoknya kami ada main boling. Dia tak main. Sementara aku pakai kasut, kami sempat tukar tukar no tepon. Sembang-sembang sket. Aku tanya dia, cam ner dia leh join gath tuh padahal bangsa dia tak der pon join. Dia cakap dia join pasal ader member dia nak jumpa . Aku pon ooooo je le. Masa aku main boling dia lepak kat lane aku. Dok memain ngan anak member aku. Sambil-sambil tuh kitorang sembang sembang lagi. Lepas dari gath tuh aku senyap teros. Maklum ler. Masa tuh aku keja kilang. Tak der masa nak pkir menda lain. Sibuk je memanjang. Duit pon kureng. Lagi pon aku tak expect dia harapkan aku call dia. Tetiba satu hari dia call aku. Tanya aku nape mintak no dia tapi tak call. Aku cakap aku nak call cemaner. Duit pon tak der nak beli topup. Lagi pon aku tak tau ape nak sembang ngan dia. Tapi lepas tuh kami rajin bercakap dalam tepon walaupon dia yang slalu call aku. Sampai ke satu tahap kami declare sebagai pakwe ngan makwe. Hehe.

Apa yang buat aku suka kat dia ialah dia nih setia. Sebelum dia aku mengaku aku ader banyak awek. Yang Singh pon ader. tapi semua tak leh pakai. Main kayu 3. Pantang aku bagi kebebasan berkawan. Aku nih plak jenis tak ske mengongkong. Dan tak ske dikongkong. Cuma dia je yang tahan aku. Dan dia setia kat aku. Aku sayang dia pasal dia tak kira aku nih sape. Aku rasa kalau aku pengemis pon dia akan setia ngan aku. Skarang nih dah masuk 4 taun aku ngan dia. Semua member aku tau aku dengan dia. Aku takkan selindung kepada sesaper pasal aku nak semua orang tau aku ngan dia. Aku bukan jenis main pompuan. Dulu mungkin ler kot. Skarang tak dah. Dah INSAF. Hehehehhehhe
By Katak Yang Hina
Angah, you are
Most right-brained people like you are flexible in many realms of their lives. Whether picking up on the nuances of musical concerto, appreciating the subtle details in a work of art, or seeing the world from a different perspective, right-brained people are creative, imaginative, and attuned to their surroundings.
People probably see your thinking process as boundless, and that might translate to your physical surroundings as well. Some people think of you as messier than others. It's not that you're disorganized, it's just that you might use different systems to organize (by theme, by subject, by color). Straight alphabetization and rigidly ordered folders are not typical of right-brained behavior.
You are also more intuitive than many. When it comes to reading literature, you probably prefer creative writing or fiction over nonfiction. And when it comes to doing math, you might find you enjoy geometry more than other forms like algebra.
Your Brain Type Report will describe how and why each of the responses you chose while answering the Brain Test revealed that you are Right-brained dominant. It's ready right now!
By Katak Yang Hina
Baru- baru nih aku beli satu handycam. jenama Sony. Murah jer. Tapi bayo ansur ansur ler.. sen tarak... huhuhu Then aku mula tangkap video, tangkap gambar. aku main snap jer apa

yang aku rasa cantik. then bila aku view balik.. cantik gak gambo tuh.. aku edit sket berdasarkan pengalaman aku yang cetek nih menggunakan photoshop. bukan

nak bangga ler tapi boleh dikira lawa gak ler aku edit... walaupon aku sendiri jer yang puji... hgehehe.. aku tengok kat jumlah gambo yang aku

tangkap... 108 keping semua. maka lahir ler Projek 108. Port untuk aku letak artwork aku supaya korang leh komen. kalo ader yang nak bagi tunjuk ajar pon leh... lagi bagus. bukan senang nak dapat sifu skarang nih.
Aku start tangkap gambo nih masa aku gi Langkawi. aku gi sana untuk meeting jer. tapi meeting habeh awal.... aku amik peluang untuk tangkap gambo.

Lepas tuh aku mula carik model untuk artwork aku nih... calon yang paling dekat awek aku ler... ehehehe... aku kumpul gambo lelama dia... aku edit balik... taruk

efek yang aku rasa cantik pada aku yang syok sendiri nih. pastuh aku carik anak sedara aku, anak jiran aku.. bebudak main bola petang-petang, semua aku

tangkap jadik model aku. Mungkin pasal minat kot. aku nih suka tengok benda yang cantik. tak kira ler aper pon. kengkadang aku tenung sesatu barang sampai aku tak sedar orang panggil aku. Orang kata aku mengelamun. tapi pada aku...

aku menghayati indahnya ciptaan Allah. aku kagum. Kengkadang aku carik apa yang membuat hati aku terpikat untuk tengok sesuatu subjek tuh
By Katak Yang Hina



Gambar nih aku amik masa aku balik dari kampung ke kotaraya. Berat jer rasa hati bila pikir kerja banyak yang tunggu. Isk. Tapi tak per.. Oleh kerana cuti aku pon dah abeh... aku balik gak ke kota. Sambil dalam ati aku menyanyi....
Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai dihujung dunia
Akanku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi miliku..