Bersama Semula
By Katak Yang Hina
Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
Tapi sayang semuanya tinggal kenangan.
Teman ku, kasihku,
Ku ingin seperti dulu,
Bersama menjelajah dunia.
Kekuatan, kebanggaan,
Bebas dan terus berjalan,
Kenangan tak mungkin ku lupakan.
Dan aku harap teman semua
Dapat bersama semula
Perjuangan kita masih belum pudar
Kemananya
Teman setia
Perjuangan...
Ku ingin kau semua...
Bersama semula...
Tak dapat aku lupakan,
Tapi sayang semuanya tinggal kenangan.
Teman ku, kasihku,
Ku ingin seperti dulu,
Bersama menjelajah dunia.
Kekuatan, kebanggaan,
Bebas dan terus berjalan,
Kenangan tak mungkin ku lupakan.
Dan aku harap teman semua
Dapat bersama semula
Perjuangan kita masih belum pudar
Kemananya
Teman setia
Perjuangan...
Ku ingin kau semua...
Bersama semula...
Album kahwin
By Katak Yang Hina

nantikan kemunculannya tidak lama lagi.. ditambah dengan album bonus... album honeymoon... huahuahuahhuahahuahau (klik gambo untuk lebih clear)
Alhamdulillah...
By Katak Yang Hina
Alhamdulillah, dah selamat semuanya. Dengan satu lafaz, aku dah diijab kabul dengan Nur Aishah yang kini menjadi isteri aku yang sah. Terima kasih kepada semua yang datang. Pada yang tak dapat datang, tak der hal. Tapi korang kena belanjer kami dan bagi hadiah nanti.
Ini ada sedikit sebanyak gambar rentetan majlis pernikahan kami. So... Enjoy..

nanti aku upload laie gambo-gambo...
Ini ada sedikit sebanyak gambar rentetan majlis pernikahan kami. So... Enjoy..
nanti aku upload laie gambo-gambo...
My Part-Time Job
By Katak Yang Hina
Bebaru nih aku shoot untuk wedding di Tanjung Rambutan, Perak... Job ni member aku passing kat aku pasal dia tak dapat hadir..
Apa yang aku suka dengan majlis nih adalah pengantin yang sporting.. sempoy jer... dedua nya adalah polis yang bertugas di IPD Pahang... Tahniah untuk Eijad dan Ilwani atas Mahligai Bahagia yang baru dibina... Nih salah satu shot yang aku amik... nanti aku post lagi sebab dalam proses editing.

Jemputan kepada semua...
By Katak Yang Hina
Assalamualaikum... kehadapan semua kengkawan.. saya sebagai pemegang mohor besar raja-raja melayu dengan berbesar hati untuk menjemput tuan/puan/dato/datin/tan sri/puan sri/datuk/nenek/ayah/abang/adik/kakak/makcik/pakcik/kulaan-kulaan/kengkawan/member/rakan/sahabat/teman dan sesiapa yang mengenali aku dan bakal isteri iaitu Nur Aishah Lee Binti Abdullah untuk datang sama-sama meraikan kenduri kesyukuran pernikahan kami.
Walau bagaimanapun, hanya 100 orang pertama sahaja yang dapat menjamu selera dan yang lain boleh lah menikmati pemandangan persekitaran yang subur menghijau. Ini adalah kerana allocation dari budget 2008/2009 telah terpesong dari perjalanan asal disebabkan kelembapan ekonomi dunia.
Dengan sebab itu lah tuan/puan/dato/datin/tan sri/puan sri/datuk/nenek/ayah/abang/adik/kakak/makcik/pakcik/kulaan-kulaan/kengkawan/member/rakan/sahabat/temandan sesiapa yang mengenali kami digalakkan membeli hadiah yang mahal semasa datang ke sini bagi membantu merancakkan kembali ekonomi malaysia amnya.
hahaha... amacam? ok tak jemputan aku? Acah jer... anyway jemputan nih memang sebenar dan tiada yang benar melainkan yang benar.... so aku menjemput semua... kalau makanan tak cukup nanti aku blanjer korang kat mapley

versi besar untuk print

Mari ramai ramai... Kita jihad
By Katak Yang Hina
"Perisa Bawang Puteh"
By Katak Yang Hina

Cover albun kaset dan cd yang aku buat untuk satu kumpulan indie yang bernama "Perisa Bawang Puteh". Jangan tanya aku mana diorang dapat nama nih... nantikan album dari diorang
Kuala Lumpur...
By Katak Yang Hina
Kau jahat...
Kau biar aku tersiksa
Kau biar dia bermaharajalela
Kau beri ku kekayaan dunia
Kau ajar ku kerakusan isinya
Kau isi dalammu semua lapis manusia
Yang tua, yang muda, yang miskin dan yang kaya
Semua nya terpaksa mengejar masa
Kau ketawa bila mereka terleka
Kau jahat...
Dalam mu penuh ilmu
Tapi kau biar ku merangkak menguis disitu
Ku tahu kau mengajarku
Namun jalan ajarmu begitu pahit bagiku
Lemah sungguh segala urat sendiku
Peluh menjerih mengalir tanpa jemu
Namun kau tetap tidak menungguku
Tersadai aku ditepian terduduk termangu
Sampai bilakah akhirnya?
Sampai bila tamatnya episod duka?
Besok? Lusa? Tulat? Hari Seterusnya?
Atau beginikah selamanya?
Tapi tak apa...
Akulah makhluk agung ciptaan-Nya
Akan ku gengam erat buku lima
Meneruskan kudrat melangkah mendada
Bukan takbur namun itulah hakikatnya
Mengapa ku tunduk pada engkau yang tak punya apa
Tuhanku yang menentukan segalanya
Biar ku mati sekarang nanun tidak akan ku putus asa
Biar luluh jasadku amanatMu ku lunas jua
Jika tidak sempurna biar ku jadi pemula
Pencetus azimat semangat pesaka
Akan ku kejarmu hingga bertiup sangkakala
Selagi diizin Yang Maha Pencipta
Kuala Lumpur....
Aku tidak akan kalah padamu!

pembalasan keadilan
By Katak Yang Hina
Aiyarkk...
By Katak Yang Hina
Isk... kena sound laie... sorry pasal tak hupdet... aku sebenonye sibuk blajo skarang nih... Nak buat photo editing... Skarang nih pelan pelan aku involvekan diri dalam tangkap gambo orang kawen... cuma aku lebih kepada photo editing... nak tangkap gambo kamera aku plak tak gempak...jadik aku guna skill yang aku ader je ler... nih antara contok teknik yang dipanggil HDR yang aku blajar dari sifoo-sifoo aku...

[Sebelum]
[Selepas]
[Sebelum]
[Selepas]
Nanti aku post lagi artwork aku yang lain... minggu depan ader shooting orang kawen plak. Adeh... mind set duit duit duit... pedulikan semua... janji dapat duit... hauhauhauhuhauhau... aku mata duitan skarang nih

Melayu Layu
By Katak Yang Hina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Youtube Video