Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

English Anyone???

By Katak Yang Hina

Last night, one of my friends ask me, why is my blog in Bahasa Malaysia? Why not in English so that everyone from every corner of the world can understand it? So i told him that my answer is simple. I am Malaysian. Of course I will use Bahasa Malaysia with pride and joy. Not because I don't know or I am dumb. So, to people out there who want to know what is the content of my blog, kindly learn Bahasa Malaysia. Hehehehehe.. Don't accuse me of being racist. I'm just so in love with my country. Proud to be Malaysian!!!
 

Angkasawan Malaysia...

By Katak Yang Hina
Aku respek betoi ler kat angkasawan pertama Malaysia nih. Bukan senang beb nak lepas ujian dia. Macam aku nih... nak lepas ujian Sains Tingkatan 5 skarang nih pon blom tentu laie. Serius aku cakap... ari tuh aku ajo ler adik aku ( saja nak tunjuk terrer ler konon)... buka jer buku tengok dalam English. Mula ler aku pening. Bukannya aku tak terrer English... Kat skolah aku dulu aku nih kira top 10 ler dalam English ( nak tunjuk terrer laie)... tapi bila bukak buku diorang... langsung tak paham aku. maner pangkal maner ujung pon aku tak tau... Last last aku surrender jer.. Hehehe... Anyway ape ape pon... SALUTE pada lu kerana berjaya mencatat nama sebagai angkasawan no 1 Malaysia. Tapi persoalannya... Yang pergi ke orbit tuh... memang ler tetap akan ke orbit.. tapi kita yang tertinggal kat bumi nih.. takkan nak dok diam je?.. Cayukkkk.... Hidup mesti terus.!!~
 

Tengah hari di bulan Ramadhan...

By Katak Yang Hina

Kengkadang aku termenung sendirian. Ape le nak jadik kat dunia nih. Nampak sangat bumi nih dah nazak. Dah tak tertanggung dosa manusia. Mengguna kan manusia sebagai permainan manusia lain. Nyawa bagaikan harga sebutir peluru. 30 sen je. Senang sangat nak melayang. Kalo tak orang lain bunuh pasal kemalangan ker atau aper-aper, bunuh diri plak penyebabnya... Mati pasal makan. hehhee..
 

Bersemadilah dengan aman disana...

By Katak Yang Hina


Smalam aku touching sket masa berbuka tuh... Aku ngan member² aku sembang pasal Allahyarham Adik Nurin. Aku tak dapat bayangkan bagaimana tersiksanya dia semasa dia dicolek dan diperlakukan seperti patung. Aku dapat tahu dari sorang member aku yang terlibat dalam bedah siasat arwah. Kalau aku boleh bawak imaginasi korang kepada kebinatangan dan kekejian seorang manusia yang tak punya hati dan perasaan. Korang bayangkan bagaimana apabila dibedah dada arwah, timun dan terung masih ada dalam anggota arwah. bukan separuh tapi semua. Hinggakan saluran depan dan belakang mangsa pecah dan menjadi satu saluran besar. Gigi arwah menjadi rongak mungkin akibat dipukul atau akibat mengetap gigi kerana menahan sakit yang teramat sangat. Telinga arwah lunyai akibat dipiat tanpa belas kasihan. Air mata arwah bertukar menjadi kristal kerana terlalu banyak menangis. Cuba letak diri korang kat situasi arwah. Aku pon tak tau cemaner nak bayangkan lagi. Bagaimana kesakitan yang dia lalui. Apa hati dia berkata pada masa tuh. Apa otak dia fikirkan? Aku rasa sekarang nih Malaysia perlu menggubal undang undang jenayah terhadap kanak-kanak nih. Buat undang undang "what you give, you'll get back". Memang dia akan dibalas dengan adil kat akhirat. Tapi kita perlu fikir jalan penyelesaian untuk menginsafkan mereka yang ada otak keji nih. Hukuman yang ada kat Malaysia skarang nih yang boleh dipakai untuk penjenayah cam nih aku rasa bagi dia hukum sebat 100 kali dulu.. abis tuh bagi dia kerusi elektrik. Biar dia tau apa erti kesakitan. Biar dia tau apa makna ketakutan. Biar dia menjadi amaran kepada mereka yang berfikiran sepertinya.
 

Jepun Oh Jepun!

By Katak Yang Hina
Nih gambo mak bapak aku ngan adik aku yang kat Jepun masa mak bapak aku melawat dia kat saner... Isk.. teringin giller aku nak gi saner. Nak usha teknologi diorang. Tuh ler... mak suruh blaja rerajin masa skolah dulu... ponteng.. Skarang terima ler akibatnya... Keja pon jadik kuli jer... padan muka aku. Bila ler aku nak gi jepun nih. isk...Ader sesaper nak amik aku jadik boss tak?? hehehe... Gaji 5K sbulan cukup le... lepas ler aku nak gi Jepun... huhuhuhu
 

One Happy Family

By Katak Yang Hina
Gambo aku masa raya ngan family aku... cuma adik aku yang kat Jepun tuh jer yang tak der... tak dapat balik pasal kerja saner..
 

By Katak Yang Hina
Lagi seminggu nak raya... tapi satu ape pon tak beli... aku rasa nampaknya taun nih seperti 3 taun sebelumnya... aku pakai baju lama je le... Sebenarnya bukan tak der duit nak beli.. tapi sifat pemalas yang ada dalam diri aku ni membuatkan aku terlalu malas nak menempuh orang ramai untuk membeli baju. Tapi walau macam maner kita berpakaian di hari raya... yang penting apa yang ada dalam hati. ingat ler orang yang tersayang... kepada mereka yang merempit macam aku untuk balik kampung... biar laju... janji selamat untuk diri sendiri dan orang lain.