Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

My Part-Time Job

By Katak Yang Hina
Bebaru nih aku shoot untuk wedding di Tanjung Rambutan, Perak... Job ni member aku passing kat aku pasal dia tak dapat hadir..

Apa yang aku suka dengan majlis nih adalah pengantin yang sporting.. sempoy jer... dedua nya adalah polis yang bertugas di IPD Pahang... Tahniah untuk Eijad dan Ilwani atas Mahligai Bahagia yang baru dibina... Nih salah satu shot yang aku amik... nanti aku post lagi sebab dalam proses editing.




 

Jemputan kepada semua...

By Katak Yang Hina
Assalamualaikum... kehadapan semua kengkawan.. saya sebagai pemegang mohor besar raja-raja melayu dengan berbesar hati untuk menjemput tuan/puan/dato/datin/tan sri/puan sri/datuk/nenek/ayah/abang/adik/kakak/makcik/pakcik/kulaan-kulaan/kengkawan/member/rakan/sahabat/teman dan sesiapa yang mengenali aku dan bakal isteri iaitu Nur Aishah Lee Binti Abdullah untuk datang sama-sama meraikan kenduri kesyukuran pernikahan kami.

Walau bagaimanapun, hanya 100 orang pertama sahaja yang dapat menjamu selera dan yang lain boleh lah menikmati pemandangan persekitaran yang subur menghijau. Ini adalah kerana allocation dari budget 2008/2009 telah terpesong dari perjalanan asal disebabkan kelembapan ekonomi dunia.

Dengan sebab itu lah tuan/puan/dato/datin/tan sri/puan sri/datuk/nenek/ayah/abang/adik/kakak/makcik/pakcik/kulaan-kulaan/kengkawan/member/rakan/sahabat/temandan sesiapa yang mengenali kami digalakkan membeli hadiah yang mahal semasa datang ke sini bagi membantu merancakkan kembali ekonomi malaysia amnya.

hahaha... amacam? ok tak jemputan aku? Acah jer... anyway jemputan nih memang sebenar dan tiada yang benar melainkan yang benar.... so aku menjemput semua... kalau makanan tak cukup nanti aku blanjer korang kat mapley




versi besar untuk print
 

Mari ramai ramai... Kita jihad

By Katak Yang Hina
Gambar nih member aku buat... moox nama dia http://flickr.com/photos/moox02
 

"Perisa Bawang Puteh"

By Katak Yang Hina

Cover albun kaset dan cd yang aku buat untuk satu kumpulan indie yang bernama "Perisa Bawang Puteh". Jangan tanya aku mana diorang dapat nama nih... nantikan album dari diorang
 

Kuala Lumpur...

By Katak Yang Hina
Kau jahat...

Kau biar aku tersiksa
Kau biar dia bermaharajalela
Kau beri ku kekayaan dunia
Kau ajar ku kerakusan isinya

Kau isi dalammu semua lapis manusia
Yang tua, yang muda, yang miskin dan yang kaya
Semua nya terpaksa mengejar masa
Kau ketawa bila mereka terleka

Kau jahat...

Dalam mu penuh ilmu
Tapi kau biar ku merangkak menguis disitu
Ku tahu kau mengajarku
Namun jalan ajarmu begitu pahit bagiku

Lemah sungguh segala urat sendiku
Peluh menjerih mengalir tanpa jemu
Namun kau tetap tidak menungguku
Tersadai aku ditepian terduduk termangu

Sampai bilakah akhirnya?
Sampai bila tamatnya episod duka?
Besok? Lusa? Tulat? Hari Seterusnya?
Atau beginikah selamanya?

Tapi tak apa...
Akulah makhluk agung ciptaan-Nya
Akan ku gengam erat buku lima
Meneruskan kudrat melangkah mendada

Bukan takbur namun itulah hakikatnya
Mengapa ku tunduk pada engkau yang tak punya apa
Tuhanku yang menentukan segalanya
Biar ku mati sekarang nanun tidak akan ku putus asa
Biar luluh jasadku amanatMu ku lunas jua

Jika tidak sempurna biar ku jadi pemula
Pencetus azimat semangat pesaka
Akan ku kejarmu hingga bertiup sangkakala
Selagi diizin Yang Maha Pencipta

Kuala Lumpur....
Aku tidak akan kalah padamu!

**Gambar diambil semasa dalam keretapi dari Ipoh untuk balik ke Kuala Lumpur.
 

Dave Hill Technique

By Katak Yang Hina
Yang nih plak dinamakan teknik Dave Hill...
 

pembalasan keadilan

By Katak Yang Hina

nih aku terai buat clone editing... dedua gambo tuh aku... cuma edit masuk dalam satu gambar jer