Kenaikan harga MINYAK
Berikutan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang.. aku telah membuat beberapa perubahan cara hidup total... antaranya:
1. makan hanya 2 kali sehari iaitu tengah hari dan lewat malam. tengah hari makan roti canai, malam baru makan nasik.
2. bawak keta 80 km/j atau 3000rpm yang mana lebih tinggi. ini mengelakkan dari penggunaan minyak yang berlebihan. walaupon ini menyebabkan punch card aku jadik merah... tapi aku teruskan juga sebab lebih baik punchcard merah daripada tak pegi keja langsung akibat dari kereta yang tak leh jalan sebab tak ader duit nak isi minyak.
3. menggunakan petrol yang murah skali.... dalam keadaan skarang nih aku tak leh nak utamakan kepentingan alam sekitar. skarang yang penting hidup kena terus.
4. balik kerja lewat malam... ini adalah kerana aku nak mengelakkan jam... seboleh bolehnya aku tak nak berenti langsung masa bawak keta. bila berenti... penggunaan minyak lebih..
5. tiada lagi nasik goreng ayam. skarang nih kalau malam aku makan nasik lemak kukus, telur goreng jer.. aku carik gak ubi kayu macam yang disyorkan kerajaan. tapi ubi kayu pon dah mahal skarang.
6. berenti dari belajar pjj. terpaksa berenti sebab tak dapat nak support yuran belajar. lagi setaun setengah jer nak abeh.. tapi nak buat cenggana... dah terrpaksa
dan last skali... perkara yang perit untuk aku laksanakan tapi aku terpaksa... terpaksa kurangkan jumlah wang yang perlu dikirimkan ke kampung.
TERIMA KASIH kepada mereka yang teruk teruk berfikir untuk menaikkan harga minyak sebab mereka berjaya menambah takungan air negara sebab banyaknya aitmata yang mengalir mengenangkan nasib akibat keputusan anda.
memane pun same je.
umm..xpe usaha mesti diteruskan
tp makan tetap kne makan
setkt nasik goreng ayam tu makan la
jgn tahan
kalo rase nak sep lagi.
blik kg nek bas.
pastu suruh mak masak nasik goren ayam
senang cite nak sampai kg
balik nek beskal
xpayah pakai minyak
yea dak
apa boleh buat..
aku pon sudah kurangkan makan..
dr kerap melepak2 spt dahulu...sudah dikurangkan ..hanya melepak dirumah sahaja.. hahahahah!~