Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Gambo Misteri

By Katak Yang Hina
Minggu lepas aku balik ke kampung aku.. nak kata balik raya tuh idak ler pasal aku balik lepas raya... tak larat beb... demam. Masa aku kat kampung... aku belek belek album lama... pastuh aku jumpa gambo misteri nih. Gambo aku ngan sepupu aku... Jeng Jeng Jeng... yang buat aku heran... apsal muka kitorang cam tuh... cuba orang tengok gambo kat bawah nih... pastuh cuba bagitau aku... agak agak ape yang terjadi sebenarnya....

Gambo 1.




Gambo 2.

Aku sendiri pon no idea ape yang berlaku masa tuh... taun 1983 kot. kalo tak salah aku ler... lokasi dia kat kampung sungai lampam, sungai manik, teluk intan, perak. tapi kampung aku tuh tak der orang dah... semua dah pindah pi bandar... yang ader kat sana skarang nih cuma dusun durian je.. tuh pon ader ler 5-6 pokok. hehehe... anyway... bagi komen sket pasal gambo nih tau... tolong aku dapatkan balik memori aku
 

Gambo aku dedolu. Sape Kate Orang Gemok Susah Nak Kuruss??

By Katak Yang Hina
Aku malas nak cakap banyak pasal gegambar kat sini... korang tengok jer ler. dedolu aku memang gemok. tapi berkat daya usaha aku yang menyedari obesiti ini membahayakan kesihatan. lalu aku turunkan berat badan pada usia aku 6 taun... hehhehehe


Biar hati yang bicara. jangan molot yang mengata.... Saksikanlah... Ripley's Believe It Or Not!










Tak baik gelakkan orang tau... mak aku cakap dosa.... baik korang mintak maap kat aku balik... alaaa. bukan susah pon... blanjer aku mekdi punye foldover jer... hehehehhe

 

Ipin Dan Upin

By Katak Yang Hina
Ini ler citer animasi malaysia yang paling besh aku penah tengok setakat nih selain prolouge "A Malaysian Friday". Citer Ipin dan Upin nih memang aku respek sampai tabik pale lutut.. kalo korang nak tengok... bawak nih aku bagi

Ipin Dan Upin - Episod 1 - Esok Puasa



Ipin Dan Upin - Episod 2 - Dugaan



Ipin Dan Upin - Episod 3 - Nikmat



Ipin Dan Upin - Episod 4 - Terawih


Ipin Dan Upin - Episod 5 dan 6 - Spesel Raya



Enjoy... Besh siol... Betul Betul Betul... Tabik spring pada Les' Copaque Production

dapatkan vcd/dvd ipin dan ipin sekarang

sila tempah di sini
http://www.lescopaque.com/index.html

harga??

VCD = RM 15
DVD = RM 18

BAGAIMANA NAK TEMPAH??
1)kiriman wang pos

Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
No 36A, Jalan Rugby 13/30,
Tadisma Business Park,
Section 13,
40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Jangan lupa untuk mengepilkan sekali nama, nombor telefon dan alamat anda

2)Bayaran Melalui Akaun Bank

Maybank Berhad
Nombor Akaun : 152068689037
Bayaran hendaklah dibuat di atas nama Noor Ezdiani Binti Ahmad Fawzi (Suara Kak Ros). Setelah anda membuat bayaran, fakskan slip bank ke 03-55118086 atau email kami untuk menyatakan pembayaran anda telah dibuat.. Pastikan nama penuh dan alamat anda ditulis bersama-sama dokumen faks/email anda.

Tempoh penghantaran adalah dari 1 hingga 2 minggu. Semua VCD/DVD akan dihantar menggunakan pos laju. Kos penghantaran adalah percuma.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hantarkan email kepada diani.1983@gmail.com atau hubungi 03-55118089.
 

Buat dia yang telah memberiku kepak untuk terbang

By Katak Yang Hina


Aku tak terpikir yang aku leh jumpa orang yang sebaik dia. Masa aku memula jumpa dia... macam lawak pon ader. Masa tuh kitorang ada gathering kat Telok Batik, Perak. Dia sorang je lain dari yang lain. Malam tuh kami tido bersepah. Ada yang tido kat atas lantai. Ada yang tido atas kerusi. Yang ada family tuh tido dalam bilik ler. Malam tuh aku tido atas sofa pasal aku dah cop awal awal. pastuh aku tengok dia sensowang tido atas meja makan. Aku bangun pastuh aku kejut dia suruh dia tido atas sofa tuh. Biar aku tido kat meja makan tuh. Sakit blakang nanti aku cakap kat dia. Dia pon dengan memalu gi ler kat sofa tuh. Dan itu le first time aku cakap ngan dia. Konon nak jadik gentleman ler. Tapi tak per. Aku pikir, aku nih laki, dia pompuan. Tak per ler... aku bagi dia tido kat sofa tuh. Besoknya kami ada main boling. Dia tak main. Sementara aku pakai kasut, kami sempat tukar tukar no tepon. Sembang-sembang sket. Aku tanya dia, cam ner dia leh join gath tuh padahal bangsa dia tak der pon join. Dia cakap dia join pasal ader member dia nak jumpa . Aku pon ooooo je le. Masa aku main boling dia lepak kat lane aku. Dok memain ngan anak member aku. Sambil-sambil tuh kitorang sembang sembang lagi. Lepas dari gath tuh aku senyap teros. Maklum ler. Masa tuh aku keja kilang. Tak der masa nak pkir menda lain. Sibuk je memanjang. Duit pon kureng. Lagi pon aku tak expect dia harapkan aku call dia. Tetiba satu hari dia call aku. Tanya aku nape mintak no dia tapi tak call. Aku cakap aku nak call cemaner. Duit pon tak der nak beli topup. Lagi pon aku tak tau ape nak sembang ngan dia. Tapi lepas tuh kami rajin bercakap dalam tepon walaupon dia yang slalu call aku. Sampai ke satu tahap kami declare sebagai pakwe ngan makwe. Hehe.
Apa yang buat aku suka kat dia ialah dia nih setia. Sebelum dia aku mengaku aku ader banyak awek. Yang Singh pon ader. tapi semua tak leh pakai. Main kayu 3. Pantang aku bagi kebebasan berkawan. Aku nih plak jenis tak ske mengongkong. Dan tak ske dikongkong. Cuma dia je yang tahan aku. Dan dia setia kat aku. Aku sayang dia pasal dia tak kira aku nih sape. Aku rasa kalau aku pengemis pon dia akan setia ngan aku. Skarang nih dah masuk 4 taun aku ngan dia. Semua member aku tau aku dengan dia. Aku takkan selindung kepada sesaper pasal aku nak semua orang tau aku ngan dia. Aku bukan jenis main pompuan. Dulu mungkin ler kot. Skarang tak dah. Dah INSAF. Hehehehhehhe
 

Brain test!

By Katak Yang Hina
Angah, you are Right-brained

Most right-brained people like you are flexible in many realms of their lives. Whether picking up on the nuances of musical concerto, appreciating the subtle details in a work of art, or seeing the world from a different perspective, right-brained people are creative, imaginative, and attuned to their surroundings.

People probably see your thinking process as boundless, and that might translate to your physical surroundings as well. Some people think of you as messier than others. It's not that you're disorganized, it's just that you might use different systems to organize (by theme, by subject, by color). Straight alphabetization and rigidly ordered folders are not typical of right-brained behavior.

You are also more intuitive than many. When it comes to reading literature, you probably prefer creative writing or fiction over nonfiction. And when it comes to doing math, you might find you enjoy geometry more than other forms like algebra.

Your Brain Type Report will describe how and why each of the responses you chose while answering the Brain Test revealed that you are Right-brained dominant. It's ready right now!

 

Me Myself And I...

By Katak Yang Hina

Terima kasih buat Chikedut yang paksa aku tulis pasal diri aku nih.....

Sebenarnya aku pon tak tau cam ner nak mula. BM aku masa SPM pon dapat 5 jer.. cam ne
r aku nak karang ayat... isk isk isk.. Terima kasih lagi skali pasal menyiksa jiwa raga bakul aku nih.

Oke ler... Nama aku Ahmad Fuad. Family panggil aku angah. Yang lain panggil aku Fuad, Dato' Talaat, Mat, Kerek, Katak, Papa,
Hensem ( terperasan plak aku), Black dan ader ler 2 - 3 lagi yang aku dah cuba nak ingat... tapi tak ingat. Dia macam chipsmore plak dalam otak aku nih. Anyway korang tak yah ler tau mana aku dapat nama nama nih pasal aku sendiri pon kurang pasti cam ner diorang leh panggil aku cam nih.

Aku lahir kat HBKL pada 9 Julai 1980. Masa tuh kol 11.30 pagi kot. tuh yang muka aku gelap macam Negro tapi cerah ler sket. tak der ler nampak mata ngan gigi jer. P
ada negro yang reti baca bahasa melayu nih... sorry ler... aku bukan nak kutuk kaum Negro. Cuma perumpamaan jer. Sebab Negro maner ader yang putih kecuali Michael Jackson. Tapi masa kecik dulu, aku nih putih orangnye. nanti aku citer macam maner aku jadik itam.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Cukup makan, cukup pakai, cukup kelengkapan. Tapi kalau nak bermewah tuh tak der ler. Oleh kerana duit pon sederhana, jadik family planning bapak aku cakap 4 orang jer cukup. Aku anak no 2 le. Masa baru lahir dulu aku nih gemok. berat aku 3.2 kilo kot kalo aku tak salah dengar mak aku cakap. Jadik.. aku nih golongan bayi Dumex ler. Tapi start aku masuk skolah tadika, aku jadik kurus. Active sangat kot. sampai ler skarang nih... kurus melidi. Kalo aku dok kat Somalia tuh mesti UNESCO selamatkan aku. First taim masa tadika aku begaduh ngan orang. Gaduh pasal mamat tuh kaco member aku (actually aku syok kat dia). Tapi pasal badan dia beso.. aku kena blasah. Mana aci, dia punye tangan panjang. Tak sempat aku nak tumbuk muka dia, tergolek kat bawah papan gelongsor pasal aku kena tumbuk kat perot. Pastuh dia bising bising ngan kengkawan dia, dok kutuk aku ler tuh, aku pon ape laie... tendang ler anu dia. Dia report kat cikgu. Sampai balik aku kena junjung beg kat depan kelas. Sampai sekarang aku tak puas ati. Bukan salah aku... isk isk isk.

Masuk skolah rendah aku skolah kat skolah laki
. Mak bapak aku tak bagi aku masuk skolah campur. Takut jadik lagi cam tuh.. Rasa aku ler.. Masa aku skolah rendah tak banyak citer. aku skolah kat skolah omputih (tapi cakap omputih tak reti pon) kat area Ipoh. So dikalangan aku ramai bangsa lain. Jadik dak melayu macam aku nih terpinggir ler. Tapi aku berjaya gak dapat kelas terpandai.. walaupon aku dalam golongan tercorot dalam kelas tuh.. Masuk skolah menengah aku skolah kat Taiping. Masa kat skolah nih ler aku kenal memacam. Walaupon umo baru 13-15 thn.. tapi memacam dah aku buat. Aku rasa tak yah cakap kat sini ler.. Buat malu jer. Bukan aku menyesal dengan ape yang aku dah buat. tapi aku tak suka persepsi orang lain kat aku nanti. aku tak pernah menyesal dengan ape yang aku buat pasal itu pilihan yang aku pilih. Form 3 dah ader awek. huhuhuhu... dating kat kedai buku. dekat taiping masa tuh maner ader amusement park. Taiping jaya pon baru nak bukak. deting kat lake garden karang kena tangkap ngan d8 plak karang susah plak. memalu jer masa tuh. adeh. bila aku ingat balik masa tuh nak gelak pon ader. hehhehe

Masuk Form 4, aku pindah skolah ke sebuah skolah sukan kat ipoh. kat situ lagi bengong. skolah masuk kol 10. time rehat.. samada aku masuk sebelum rehat... atau aku balik selepas rehat.. antara 2 tuh jer ler. sa
mpai ustazah aku cakap "Saya ingat awak dah drop Subjek Pendidikan Islam untuk SPM". isk isk isk.. siot betoi. kena hantar pegi kursus kecemerlangan pelajar. bangga jer cakap kat mak. Padahal kursus tuh untuk pelajar bermasalah. hehhehehe.

Lepas abeh SPM.. aku dapat masuk matriks upm. blajar ntah kemana... dok main internet jer... siap curik line untuk online. last last kantoi.. ngan telekom plak tuh... diorang nampak cable tepon tuh tercucuk kat laptop aku. laptop aku yang aku beli dengan duit loan tuh kena rampas. Aku kalo nak sambung blajo balik.. kena jelaskan utang bil sebanyak RM1800. isk isk isk.. maner aku nak cekau duit. last last aku amik keputusan berenti jer. lepak kat kl.. kerja kat cc. tpi sblom tuh aku lepak umah dulu.. tunggu surat sampai.. pastuh aku bakar bagi tak der kesan. selamat aku.

Zaman kerja aku banyak pancaroba untuk mencarik sesuap nasik. Memacam kerja aku buat. Jaga cc, technician komputer, cikgu tusyen, kontrak kawen, kontrak buat rumah, kontrak buat wiring, keja kilang, jual burger, dan yang paling besh skali masa aku bukak gerai nasik lemak. Skarang nih aku kerja ngan gomen. cukup bulan tunggu gaji jer. senang citer.

Tapi nak kata senang tuh idak ler gak. dulu gaji dalam 600 trasa cukup. Tapi skarang nih gaji 2k pon tak cukup cukup. isk isk isk. aku pon tak tau apsal. mungkin tak berkat pasal banyak ngular kot. tapi tak gak sebab kerja aku memang keja ngular..
. lepak jer depan pc. bukan nak buat ape ape pon. ntah ler. Tapi bak kata orang kampung aku... "Live your life at the fullest". Aku berpegang pada kata-kata member aku. Tapi skarang nih dah arwah dah. Dia kata cam nih. "Jangan pikir apa akan jadik pada masa akan datang. Sebab kita bukan Tuhan untuk menentukan apa yang terjadi masa depan. Yang dah lepas biarkan berlalu. Simpan dalam almari. Keluarkan bila untuk di kenang. Yang penting adalah SEKARANG. Sebab sekarang ler yang mencorak masa depan. sebab sekarang gak yang menunjukkan samada kita dah belajar dengan kesilapan lalu. Sebab sekarang gak yang kita rasa. Yang kita hadapi. yang kita nikmati. Jadik, setiap detik pada masa sekarang nih... gunakan bebetoi. Jangan menyesal yang dah lepas. Jangan angankan yang akan datang. Cuma pada masa sekarang nih, impikan sesuatu yang kita nak. pada masa sekarang nih set kan hala tuju untuk kita corak akan datang. biar mengidam, jangan berangan."

So. macam kata Nora Danish dalam citer Puteri tuh. Yang penting kita ENJOY!!
 

Bbq @ Pangkor

By Katak Yang Hina

Aku guna enset aku untuk add blog ni. Saje je terai
 

Pangkor 2007

By Katak Yang Hina