Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Ape ler dosa aku nih

By Katak Yang Hina
Benda nih sebenarnya jadik minggu lepas... tapi disebabkan kemalasan aku dah tahap kronik... so aku belated kan post aku nih..

Citer dia macam nih... aku pon tak tau salah aku sebenarnya. aku rasa tak der aku kaco anak dara orang. aku rasa aku tak der nak kuang hajo ngan orang lain. aku rasa tak der ler aku nak buat tak senonoh. tapi hakikatnya cermin keta aku dipecahkan orang.



setelah siasatan dibuat oleh aku sendiri... aku simpulkan bahawa kejadian nih berpunca dengan rasa tidak puas ati oleh bebudak kat umah aku. kebetulan keta aku tuh kotor ya amat. dan aku nampak bekas orang bersandar di pintu keta aku. mungkin ngan rasa marah kerana bajunya kotor... lalu dia pecahkan cermin keta aku tuh. itu kesimpulan yang bleh aku buat.. tapi aku tak nak tuduh sesaper dan stetmen ini adalah sekadar kesimpulan yang dibuat berdasarkan apa yang aku lihat.

mulanya aku nak carik gak saper yang pecahkan cermin keta aku tuh. bukan aper.. cuma nak tanya jer... apa sebab sebenar dia buat cam tuh.. itu jer... aku pergi gak kat balai polis untuk buat report. dah pergi pon balai polis. (at least kalau aku bertindak diluar batasan pon... aku ada sebab dan bukti yang menyokong aku) nasib baik system down masa tuh membantutkan hasrat aku nak buat report.

lagipun memandangkan benda tuh pon dalam 50 hengget jer... malas plak aku nak mengabihkan air liur dan tenaga untuk carik empunya durjana... Biar Tuhan jer yang balas apa yang dia buat... Dah ler minyak naik nih... isk.. tunggu ujung bulan ler aku repair cermin keta aku tuh
 

0 comments so far.

Something to say?