Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

Project 108

By Katak Yang Hina
Baru- baru nih aku beli satu handycam. jenama Sony. Murah jer. Tapi bayo ansur ansur ler.. sen tarak... huhuhu Then aku mula tangkap video, tangkap gambar. aku main snap jer apa yang aku rasa cantik. then bila aku view balik.. cantik gak gambo tuh.. aku edit sket berdasarkan pengalaman aku yang cetek nih menggunakan photoshop. bukan nak bangga ler tapi boleh dikira lawa gak ler aku edit... walaupon aku sendiri jer yang puji... hgehehe.. aku tengok kat jumlah gambo yang aku tangkap... 108 keping semua. maka lahir ler Projek 108. Port untuk aku letak artwork aku supaya korang leh komen. kalo ader yang nak bagi tunjuk ajar pon leh... lagi bagus. bukan senang nak dapat sifu skarang nih.
Aku start tangkap gambo nih masa aku gi Langkawi. aku gi sana untuk meeting jer. tapi meeting habeh awal.... aku amik peluang untuk tangkap gambo.Lepas tuh aku mula carik model untuk artwork aku nih... calon yang paling dekat awek aku ler... ehehehe... aku kumpul gambo lelama dia... aku edit balik... taruk efek yang aku rasa cantik pada aku yang syok sendiri nih. pastuh aku carik anak sedara aku, anak jiran aku.. bebudak main bola petang-petang, semua aku tangkap jadik model aku. Mungkin pasal minat kot. aku nih suka tengok benda yang cantik. tak kira ler aper pon. kengkadang aku tenung sesatu barang sampai aku tak sedar orang panggil aku. Orang kata aku mengelamun. tapi pada aku... aku menghayati indahnya ciptaan Allah. aku kagum. Kengkadang aku carik apa yang membuat hati aku terpikat untuk tengok sesuatu subjek tuh
 

Langkawi..

By Katak Yang Hina





Yang nih gambo masa aku gi meeting kat langkawi... Actually aku tak pernah pegi langkawi. bila aku sampai sana, aku kecewa sket pasal aku ader high expectation terhadap langkawi. Sebagai tumpuan pelancong dan pusat pameran aeronautik, sepatutnya keadaan kat sana lebih baik. Aku terasa macm aku bukan kat Malaysia. Aku rasa macam aku kat Siam plak. Ntah ler... mungkin sangkaan aku jer kot. Tapi scenery dia bleh tahan ler. Aku tak sempat nak round abeh. Maybe next vacation aku round semua kot.
 

Balik kota...

By Katak Yang Hina


Gambar nih aku amik masa aku balik dari kampung ke kotaraya. Berat jer rasa hati bila pikir kerja banyak yang tunggu. Isk. Tapi tak per.. Oleh kerana cuti aku pon dah abeh... aku balik gak ke kota. Sambil dalam ati aku menyanyi....

Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai dihujung dunia
Akanku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi miliku..