Bila Hati Mula Bicara
Disebalik bibir yang meniti senyuman, disebalik mata yang mengenyit manja, disebalik raut wajah yang memikat, disebalik gerak-geri yang menawan, disebalik suara yang lunak mulus, tersimpan seribu kata disebalik bicara, tersimpan seribu makna tanpa pembayangnya, tersimpan seribu rahsia tanpa usulnya, tersimpan seribu rasa tanpa derianya. Bila hati mula bicara....

:: Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::

By Katak Yang Hina
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

Suami : Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

 

KL Drift

By Katak Yang Hina

Ader macam Duduk dalam keta Need For Speed Tak????
 

Sorry Bebanyak

By Katak Yang Hina
Sorry bebanyak kat korang semua yang bukak blog aku tapi tengok tak der aper aper perubahan. Untuk pengetahuan korang skarang nih aku sibuk sket. Opis aku tukar management. Jadik memacam ler tukar skali. Disebabkan aku online kat opis jer (owang miskin... tak mampu nak masuk line kat umah.. isk.. isk.. isk...), jadik terbatas ler sket kerja-kerja aku mengupdate blog nih. Sbenonye tak der aper nak citer pon. Just rutin aku harian. Bangun pagi, pegi keja... Buat OT sampai kol smilan. Balik Umah main PS2. Itu je rutin aku. Nak buat mende lain pon tak der keinginan. baik aku lepak umah jer. senang.
Tapi minggu lepas, lepas aku balik dari makan malam. aku terkejut pasal ader eksiden on the way aku nak balik umah tuh. Mamat nih india. dalam lingkungan 20an. aku rasa mabuk kot. dia bawak laju. pastuh hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok kat tepi jalan. moto dah melekat kat pokok tuh.. dia plak, disebabkan impak hentaman moto ke pokok tuh... dia tercampak dari moto dan merempuh tiang signboard yang terletak 3 meter dari pokok tadi. batang signboard tuh tepat kena muka dia. lepas tuh dia tercampak lagi 5 meter dari tiang tadi.
Mamat india nih mati dalam keadaan mengerikan. muka dia tak hancur. tapi tengkorak dia hancur. gigi dia beraper banyak dalam perut aku pon tak tau. badan pon dah lunyai sebab semua patah mungkin pasal kena hentaman tuh.

kawasan nih memang tak makan saman punye budak. diorang semua jenis pale batu.. maleh pakai helmet. bawak plak macam kena kejo dengan kuda putih. tak penahnye nak slow. aku pon tak paham ler...rempit tuh rempit gak. aku pon rempit gak dulu(skarang pon rempit gak lagi). tapi safety first. keselamatan kita tak der orang lain yang leh jaga melainkan diri kita sendiri.... Peace bradehh!!!